Friday, April 23, 2010

KOntrak BBA patuhi syariah.

Kontrak BBA patuhi syariah

Kontrak Bai Bithamin Ajil(BBA) adalah sah dan mematuhi syariah.begitulah keputusan hakim Mahkamah Rayuan pada 31 Mac 2009,dalam satu prosiding membabitkan bank Islam.
Keputusan sebulat suara itu bukan sahaja menegakkan kembali keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS),malah ia mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat kepada sector kewangan dan perundangan nagara.

Keputusan itu juga menyinarkan semula kepercayaan seluruh pelanggan yang mengambil pembiayaan Islam berdasarkan kontrak BBA,terutamanya pembiayaan perumahan,bahasawanya pembiayaan ini di bawah kontrak BBA berkenaan tidak melanggar landasan syariah.Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa urusan pembiayaan di bawah kontrak BBA tidak boleh dibandingkan dengan urus niaga pinjaman.Apa yang tersurat dalam keputusan Mahkmah Rayuan ini ialah fakta yang sebenar yang lama diperjuangkan oleh pengamal perbankan Islam di Malaysia iatu pembiayaan Islam dan pinjaman adalah dua transaksi yang sangat berbeza.

Adalah amat tidak adil dan tidak kena pada tempatnya sekiranya membandingkan kedua-dua aktiviti perbankan ini.Yang satu diibaratkan ‘OREN”dan satu lagi ibarat “EPAL”.walaupun kedua-duanya adlah dari kategori buah-buahan namu kedua-duanya tetap mempunyai rasa yang berbeza yang tidak boleh disamakan.

Apabila sesorang pelanggan mengambil kemudahan pinjaman perumahan,secara ringkasnya insitusi kewangan akan meminjamkan wang dengan kadar faedahyang ditetapkan oleh pelanggan.

Dengan kadar wang tersebut,maka pelanggan akan menggunakannya untuk membeli rumah.Kadar faedah atau riba ini adlah diharamkan. Oleh syariah,malah ia adalah tergolong daripada tujuh dosa besar disisi Islam .

Manakala,pembiayaan perumahan BBA pula adalah satu urusan jual beli (s&p)dengan pemaju perumahan,secra amnya,hak milik rumah yangndijual peemaju itusudah menjadi pelanggan (beneficial owner).

Seterusnya pihak binstisusi kewangan akan membeli rumah itu daripada pelanggan denagn harga belian.Harga belian ini adalah jumlah pembiayaan yang akan diberi kepada pelanggan.
Selepas itu,instisusi kewangan akan menjual kembali rumah tersebut kepaad pelanggan dengan harga jualan yang mana harga jualan tersebut telah dimasukkan dengan keuntungan pihak instisusi kewangan.Pelanggan pelanggan kemudiannyaakan membayar harga jualan dengan ansuran bulanan sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjiann jualan yang telah ditanda-tangani.

Perbezaan ketara diantara pinjaman dan pembiayaan ini adalah bagi pembiayaan perumahan BBA ,pelanggan sudah mengetahui berapa jumlah keseluruhan harga jualan yang perlu dibayar oleh pelanggan.

Manakala,untuk pinjaman perumahan pula,jumlah akhir pembayaran tidak diketahui.Ia bergantung penuh kepada kadar pinjaman asas (BLR) institusi kewangan berkenaan.
Diinilah berlakunya salah faham yang menyatakan bahawa pembiayaan perumahan BBA jauh lebih mahal daripada pinjaman perumahan BBA secara jelas dicatatkan dalam surat perjanjian jualan.

Sekiranya pihak pelanggan membuat kajian menyeluruh ,kebanyakan pembayaran akhir pinjaman perumahan adalah jauh lebih mahal daripada BBA.Ini tidak termasuk jumlah penalty atau denda yang dikenakan kompaun sekiranya pelanggan lewat memnayar ansuran bulanan pinjamamm perumahan.

Terdapat juga isu songsang yang dihebohkan mengenai ketidak adilan (kezaliman) pembiayaan BBA, kerana meminta keseluruhan jumlah harga jualan,namun di Malaysia,kesemua institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan perumahan BBA ,akan member rebat (ibra’) kepada pelanggan sekiranya pelanggan ingin membuat pembayaran awal.

Pengiraan rebat ini sememangnya diberikan kepada pelanggan,tertakluk kepada syarat yang mana pelanggan perlu memberitahu terlebih dahulu tarikh sebenar beliau hendak mebuat oleh institusi kewangan berdasarkan kepada tarikh pembayaran awal yang diberikan oleh pelanggan.

Jika ingin mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam berkenaan perkara inji,sila rujuk kepada kes Bank Islam Malaysia Berhad vs Adnan Bin Omar
.
Justeru,keputusan Mahkamah Rayuan ini a adalah menangkis tohmahan – tohmahan yang ditujukan kepada kontrak BBA ini.

Dalam prosiding Mahkamah Rayuan ini Bank Islam ini M alaysia berhad yang diwakili oleh Mohamed Ismail Syariff yang mempertahankan kesahihan kontrak BBA ini serta secara tidak langsung mengembalikan keyakinan pelnaggan kepada bank islam.khususnya kepada sector kewangan islam.

Bagaimanapun,terdapat banyak hikmah ynag tersirat berkenaan dengan isu ini.Jika dipantau dalam industry kewangan kini,banyak institusi kewanga yang Berjaya mencipta produk pembiayaan perumahan baru yang berinovatif berasaskan kontrak ekuiti,seperti Musyarakah Mutanaqisah.Tahniah kepada institusi 2 kewangan berkenaan kerana telah mengambil sikap pro-aktif dalam mengembangkan produk2 perbankan berlandaskan syariah.

No comments:

Post a Comment