Saturday, February 20, 2010

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

LELAKI SOLEH dapat didifinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman(mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) sentiasa yang berusaha menjauhkan diri daripada perkara maksiat dan melarikan diri daripad unsur yang akan mendorong ke arah kemaksiatan dan mendorong ke arah neraka yang amat dalam.Lelaki yang soleh juga adalah seorang lelaki yang taat kepada ALLAH dan rasulnya.walau di mana sahaja berada,kesolaehan dan keimanan sesorang tidak dapat dinilai dan diukur dari segi lahiriah semata-mata kerana ianya berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN kepada siapa di menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya..TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam keidupan yang harus dipelihara kerana apabila wujud tauhid yang tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia- sia sahaja.Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak man kita menolah kepimpinan,barulah tauhid akan memberikan kenyataan yang akan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa sesorang.Oleh hal yang demikian,maka jelaslah bhawa kesolehan seorang lelaki tidak dapat dinilai daari segi ;ahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari semua itu.Antara hal- hal yang harus dilaihat,dan dikaji dalam setiap individu muslim ialahperkara - perkara yang bersangkut paut dengan keyakinan,tujuan,dan pandangan hidup serta cita-cita dalam hidup seseorang tersebut.

KTRITERIA-KRITERIE LELAKI SOLEH....mengikut al-quran dan hadis

  1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
  2. Jihad fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
  3. Mati syahid adlah cita-cita hidup yang tinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt dan ancamanNya.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utamanya.
  7. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  8. Tawakal penuh kepada Allah swt dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
  9. Selalu menginfak samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  10. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
  11. Sangat kuat pada perkara amar makruf dan nahi mungkar.
  12. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
  13. Soalat malam menjadi kebiasaanya.
  14. selalu memohon ampun terhadap dosa2 yang lalu.
  15. pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi tuduhan manusia.
  16. Sentiasa saling koreksi sesama saudara dan tawadug penuh kepada Allah swt.
  17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga
Selain daripada itu orang yag soleh juga merupakan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan dari Allah.Setelah Para Nabi dan orang yang mulia.Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan teguh dengan keimanan serta pendirian .Mereka tidak pernah goyah dan mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Manakal TUGAS- TUGAS KEWAJIPAN LELAKI SOLEH adalah seperti berikut:-

  1. Mencari nafkah.
  2. berjihad fisabilillah.
  3. melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
  4. memimpin,mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
1*MWNCARI NAFKAH.......
tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebiahan mereka dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirnnya.Oleh itu,lelaki mapu untuk berkerja keras untuk mencari nafkah,memberi perlindungan dan perthanan maruah kehidupannay terutamanya kepada keluarga,agama,bangsa dan agama.Ini sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita.
Oleh itu,seorang lelaki muslim,lelaki dan suami yang soleh tidak akan melalaikan tugas ini.Ia wajib berkerja mengikut apa sahaja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,dia haruslah memperbetulkan niat dan dirinaya iaitu hendaklah ikhlas untuk mencari redha Allah.Dia tidak akan berasa malu untuk melakukannay sebaliknya gembira da berbangga terhadap pekerjaannya yang lebih utama kepada yang halal.
Lelaki yang soaeh a tidak akan lupa untuk mengungati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.Dia berkerja di dunia untuk mencari keuntungan di akhirat,bukannya mengejar keduniaan semata-mata.Dengan cara ini usahanya akan sentiaas berhasil dan berjaya.didunia dan diakhirat.Seperti kat ulama Salaf yang bermaksud,Wahai anak Adam juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau akan untung semmuanya,tetapi jangan engkau jual akhiratmu dengan dunia,maka engkau akan rugi semuanya.

"Bagi orang - orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik,kemudian teras penat dan letih pada malamnya,sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunah,maka Allah dan Rasul-Nya memberi jaminan dengan keampunan sepanjang malm yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak."

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.Terdapat dua cara orang berusaha mencaru nafkah seperti yang dianjurka oleh Islam.

-Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugas terhadap Alalh dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang luhur.
-kedua:Hendakalah dilakukan dengan cara yang halal,bersih dan tidak membawa kepada oramg lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara-cara pencarian harta yang hiharamkan oleh Islam ialah...:
  1. Riba.
  2. Penipuan barang-barang yang menjadi hajat kepada orang ramai.
  3. berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang.
  4. perjudian dan perdagangan minuman keras.
  5. mencuri.
  6. memakan harta oarang lain denagn cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah AN-nISA'..."ayat 29....
2.BERJIHAD FISABILILLAH...

jihad merupakan amal yang paling utma dan puncak ketinggian Islam.Tidak ada satu amalan soleh yang dapat menandingi jihad.Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seornag pegawai Allah dengan gelaran yang paling indah iaitu Mujtahidin.Inilah yang dimaksudkan denag lelaki soleh,yang man pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh.Jika tidak terbunuh,maka ia mesti membunuh begitulah sebaliknya.Tidak terdapt altrenatif lain kecuali satu antara dua "tuqtal au tayglib' yakni terbunuh atau membunuh.

3.MEKINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH ADN TERTINDAS.....

sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negar serta umat-umat islam.Orang - orang yang soleh harslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat islam tidak akan ditindas dengan sewenag-wenangnya oleh golongan tersebut.

"Wahai lelaki soleh...!tugas dan tanggungjawwabmu bukanlah ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mapu membawanya.Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini.Orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.Mereka berdoa agar kamu saegera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.

Ini laungan yang sentiasa terdengar dariapa golongan yang sentiasa terdengar daripada golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu,lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada sevara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam.

4.MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI.

Demikianlah cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masalah ketidaj sesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.Apabila menghadapi sebarang kesulitan rumah tangga,lelaKi soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kra masalah lain.Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan sentiasa memohon petunjuk Allah swt.Denagn kebahagian rumah tangga akan dapat dikekalkan buat selama-lamaya.berlaku baik terhadap isterinya.dan lelaki yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutamanya kepada isteri.Ia sentiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya.Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumah tangga,dan berkerjasam dengan isterinya.

Sbda Rasulullah:Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya,dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhaadap isteriku.(HR.Majah)

tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga....'
A.kEADAAN BELIAU SEBAGAI SUAMI DN AYAH
B.KEBIASAAN BELIAU DI TENGAH KEHIDUPAN BERKELUARGA
C.CINTA KASIH BELIAU TERHADAP ISTERI DAN ANAK.

HAFIZA---2.46AM

MENGEMIS KASIH


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yang alpa juga buta
lalu terheretlah aku dilorong gelisah
luka hati yang berdarah kini jadi
kian parah....

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
kisah seribu duka
ku harap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan,
dosaku menggunung tinggi
tapi rahmatmu melangit luas
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatmu dibumi

Tuhan,
walau taubat seringku mungkir
namun mengampunimu
tak pernah bertepi
bila selangkah rapat padamu
seribu langkah kau rapat padaku



HAMBAMU-HAFIZAH

Thursday, February 18, 2010

TANGGUNGJAWAB ISTERI DAN HAK SUAMI

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
P/S: Kepada wanita-wanita yang ingin kekasih mereka melamar mereka dengan cepat,hadiahkanlah kepada kekasih anda e-book “Maskahwin Yang Hilang“,sebuah e-book yang akan menceritakan dengan terperinci bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan wang perkahwinan dengan mudah dan lancar.Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Posted in Tanggungjawab Suami Isteri 1 Comment »
April 4, 2007
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.
Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab sumami dan isteri,iaitu:
Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
Membayar mas kahwin kepada isterinya.
Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
7. Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

hikmah perkahwinan

[sunting] Hikmah perkahwinan
cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Dapat mengeratkan silaturahim

Wednesday, February 17, 2010

islamic animation

islamic animation

IKATAN PERKAHWINAN-

TAKRIF PERKAHWINAN DAN HUKUMNYA PADA SYARA'.

Dari segi bahasa,nikah ditakrifkan sebagai "percamtuman"dan "pertembungan". atau sebagai satu gambaran kepada persetubuhan dan a'qad.
Drai segi syarak ia dikenali sebagai a'qad yang mengaharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan,juga membolehkannya melakukan apa sahaja dengan perempuan itu yang berkaitan dengan seks seperti mencium,memeluk atau seumpamanya,dengan syarat perempuan berkenaan bukan mahram kerana keturunan,susuan atau ikatan perkahawinan.

Definisi lain pula menyatakan bhawa nikah ialah satu 'aqad yang ditetapkan oleh syara'bgai membolaehkan seorang lelaki menikmati perhubunan seks dengan seorang perempuan dan sebaliknya.Kesan daripada a'qad tersebut,perempuan yang dikahwini oleh lelaki itu hanaya dihalalkan kepada lelaki berkenaan sahaja.Sebaliknya,lelaki yang dikahwini oleh seorang perempuan adalah halal baginya.juga kepad perempuan yang lain,iaitu perempuan lain juga boleh memiliki lelaki tersebut melalui perantaraan perkahwinan lain yang tidak lebih daripada empat.

Menurut ulamak Hanafi,definisi perkahwinan atau nikah ialah satu a'qad yang bermaksud untuk membolehkan seorang lelaki memiliki nikmat perhubungan seks dengan seorang perempuan.selagi perkahwinannya dengan perempuan berkenaan tidak dihalangi oleh sebarang tegahan syara'.

Perkataan "perempuan" dengan sendirinya memberi erti kata termasuk lelaki dan 'khunsa mushkil' kerana kemungkinannnya menjadi lelaki.'selagi perkahwianan dengan perempuan berkenaan tidak dihalangi oleh sebarang tegahan syara'."Ayat di atas memberikan erti tidak termasuk perempuan yang menyembah berhala.perempuan2 mahram kepada lelaki berkanaan,perempuan daripada jenis jin dan ikan duyung.Manusia diharmkan berkhawin ddengan jin dan ikan duyung atas dasar perbezaan jenis.Ini berdasarkan firman Allah SWT:
"dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan- pasangan (isteri)"
(-surah an0nahl 16:72)
ayat ini menerangkan maksud ayat al-quran yang berbunyi:
".....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan sari perempuan-perempuan...."(surah an-nisa'-4:3)

Perempuan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah perempuan daripada jenis anak adam.Oleh itu,perempuan yang bukan daripada jenis anak adam adalah tidak dibenarkan untuk membuat demikian.Tegahan berkahwin dengan jin- jin perempuan adalahb disebabkan makhluk ini mampu untuk menjelma dalam bentuk jn perempuan.
perkataan "bermaksud"memberi errti tidak termasuk pengharusan hubungan seks antara seorang tuan dengan hamba perempuannya hail daripada a'qad pembelian hamab.

Sesetengah pendapat ulamak Mazhab Hanafi mentakrifkan perkahawinan sebagai "suatu a'qad yang dibuat untuk memberi hak memiliki faedah dan kepentingan daripada kemaluan."

Hakikat perkahwinan pada pandangan ulama' usul fiqh dan juga ahli bahasa arab ialah persetubuhan,dan a'qad perkahwinan hanyalah sebagai kiasan bagi perkahwinan.Ini terbukti dengan apa yang dinyatakan secara umum oleh al-Quran dan assunnah bahaw yang dimaksudkan dengan persetubuhan.Firman Allah SWT:
"dan janganlah kamu bwerkahwin dengan perempuan2 yang telah diperisterikan oleh bapa
kamu...."

Mka berdasarkan ayat di atas diharmkan berkahwin dengan perempuan yang p[ernah berkahwin dengan bapanya.Pengharaman ke atas anak2 untuk berkahwin dengan perempuan yang pernah bersetubuh dengan bapa mereka adalah disabitkan kepada nas al-quran.Pengharaman ke atas anak2 untuk berkahwin dengan perempuan yang pernah melakukan a'qad nikah yang sah denagn bapa mereka pula berasaskan kepada ijma' ulamak .Sekiranya seorang suami melafazkan perkataan berikut kepada isterinya:"sekiranya saya berkahwin dengan anda maka anda tercerai ,",maka perceraian hanya akan berlaku bila berlakunya persetubuhan,kerana syarat yang dibuat iatu 'berkahwin'adlah dimaksudkan sebgai persetubuhan,bukan dengan berlakukan aqad nikah,kerana a'qad niakh telah dilangsungkan lebigh dahulu.

begitulah juga jika seorang lelaki menceraikan seorang perempuan yang belum dikahwininya dengan talaq bai'in,kemudian dia berkahwin dengan perempuan tersebut,maka penceraian talaq bai'in dengan semdirinya berlaku apabila persetubuhan berlaku antara mereka.Walau bagaimanapun,perkataan berkahwin bolehlah dimaksudkan sebagai a'qad (bukan persetubuhan) apabila seorang lelaki menggunakan perkataan tersebut apabila perempuan2 yang bukan isterinay.Ini kerana tidak mugkin bagi seorang lelaki menetuuhi perempuan yang bukan isterinay.

para fuqaha' termasuk tokoh2 mazhab yang empat memberi definisi yang berbeza jika dibandingkan dengan definisi ulama' usul fiqh dan ahli bahasa arab.Mereka mengatakan bahawa hakikat perkahwinan adlah 'aqad nikah itu sendiri,manakal persetubuhan hanyalah kiasan (majaz) bagi perkahwinan.Alasan mereka bahawa 'aqad nikah sebagai hakikat perkahwinan adalah begitu mahsyur sekali donyatakan oleh al-quran dan Hadis.Mengikut al-Zamakhshari,seorang tokoh ulama' mazhab Hanafi,bahawa tidak terdapat dalam al-Quran lafaz nikah yang dimaksudkan dengan persetubuhan,kecuali yang berbunyi:"........sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain....."(surah Baqarah 2:230)
Tafsiaran perkahwinan sebagai persetubuhan pada ayat tersebut adalah berpandukan Hadis Rasulullah saw yag berbunyi:...sengga kamu(perempuan)merasai kemanisan suami kamu(persetubuhan)

Oleh itu,maksud perkahwinan dalam ayat di atas tetaop pada 'aqad nikah,dan persertubuhan yang dituntut bukan daripada ayat itu tetapi daripada hadis yang dijelaskan.