Setiap muslim perlu erebut redha Allah.Ini sejajar dengan firman-Nya;
"padahal mereka tidak diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya,lagi tetap teguh di atas tauhid "[al-Baiyinah;5]
dalam sahihaani; daripada Umar al-Khattab r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat.Dan sesungguhnya setiap perkara bergantung terhadap apa yang diniatkan.
Ibnu 'Abbas pernah berkata; sesungguhnya seseorang mampu menghafal ayat-ayat al-Quran berdasarkan niatnya.
mereka yang arif berkata; ikhlas ,adalah membersihkan amalan daripada nilaian mata makhluk ,ikhlas juga bermakna amalan seseorang hamba sama sahaja sama ada di depan atau dibelakang mata manusia.
Jnganlah belajar dan mengajar al-Quran untuk memperolehi keuntungan duniawi semata- mata.Seperti untuk mengejar wang,pangkat populariti,mendapat pujian orang ramai,mendapat tumpuan ramai,atau sebagainya.
firman Allah;"sesiapa yang mengkehendaki (dengan amalan usahanya) mendapat faedah di akhirat,Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya,dan sesiapa yang mengkehendakinya(dengan amalan usahanya)kebaikan didunia semata- mata,Kami berikan kepadanya kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan)dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun diakhirat kelak.[asy-Syura;20]
firmannNya:
"sesiapa yang mengkehendaki (kesenangan hidup)dunia.kami akan segerakan kepadanya dalamm dunia apa yang kami kehendaki,kemudian kami sediakna baginya neraka jahannam (di akhirat kelak),untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.[al-Isra';18]
Janganlah orang yang mahir dengan al-Quran mengaibkan dirinya demi mengejar habuan wang ringgit atau bantuan daripada bacaan tersebut,meskipun sedikit ataupun dalambentuk hadiah.Beliau hendaklah waspada terhadap naluri yang sedemikian,naluri tersebut merupakn bukti nyata bhawa beliau mempunyai niat buruk
dan belajar al-Quran bukan kerana mengejar redha Allah.
Sesungguhnya saya meriwayatkan daripada Musnad ad-Darimi,daripada Ali r.a katanya,wahai penjunjung ilmu,malkan ilmu tersebut,kerana orang alim adalah mereka yang mengamalkan ilmunya dan amalan mereka bertepatan dengan ilmu.Akan ada satu golongan berilmu,martabat mereka rendah lantaran tindakan mereka bertaentang dengan ilmu yang mereka miliki.Isi hati mereka berlawanan dengan apa yang zahir.Merak duduk dalm majlis ilmu dengan tujuan untuk berbangga-bangga.Hinggakan seseorang lelaki enggan memandang temannya yang duduk dalam majlis ilmu orang lain,Amalan mereka mengahadiri majlis ilmu ini tidak terangkat ke hadrat Allah taala.[isnad amat dhaif]
Seseorang guru hendaklah berakhlak dengan adab-adab syariat yang mulia dan terpuji,ia perlu memiliki perwatakan yang disenangi,zuhud dan tidak mengejar dunia.bahkan hatinya juga tidak berpaling kepada tipu daya dunia dan penghuninya.Guru hendaklah berakhlak mulia,bermuka manis,penyantun,sabar,jauh dari kerja jijik,sentiasa warak,khusyuk,tenang,serius,tawadhuk,khuduk,kurang ketawa dan gurau senda.Penampilan seorang guru hendaklah kemas dan bersih,kuku sentiasa dipotong,janggut dan misai terurus,badan tidak berbau yang kurang menyenangkan.Dan yang palinh penting jiwanya sentiasa merasakan dirinya diperhatikan Allah,samada di khayalak ramai atau keseorangan.