Thursday, February 11, 2010

biodata Nabi Muhammad SAW

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

Malu Ibnu Abdus

Hari ini daku menyaksikan,
Petunjuk tuhan,
Satu kejadian,
Berlatarkan sekolah di sebuah pekan,
Ketika sesi muzika berjalan,
Di kala si guru mengajar tarian,
Sebagai sesi pemanas badan,
Buat murid yang masih tak keruan,
Di hari pertama sesi persekolahan,
Di satu sudut jelas kelihatan,
Ibn Abdus putera kenalan,
Putera teman sepengajian.

Ibn abdus...si kecil itu,
Menangis tersendu-sendu,
Dirinya dihampiri guru,
Tubuh kecilnya diranduk, dipujuk, dirayu,
Mengapa kau menangis wahai anakku,
Mengalir air mata syahdu,
Di waktu teman lain bersuka ria menari rambu?
Takut, begitulah ucapnya,
Bila guru memintanya,
Memegang tangan pasang tarinya,
Yang jelas bukanlah mahramnya,
Umi kata, lagak itu haram hukumnya,
Abi kata, Allah jua menjadi murka,
Tika yang sama jua,
Titis permata mengalir dari kelopak sepetnya,
Takutnya dia!
Takut pada larangan yang Maha Esa,
Pada dosa,
Pada sengsara,
Balasan di akhirat sana.

Ibn Abdus itu,
Usianya baru darjah satu,
Muslim juga sepertiku,
Punya Allah...tuhannya dan tuhanku,
Tapi sungguhpun begitu,
Dia dan daku,
Ibarat bumi menghijau dan langit membiru,
Berbeda darjat di sisi Tuhan yang Satu.

Daku bukan muslim yang soleh,
Daku lebih liberal, lebih terbuka, lebih ‘orang putih’,
Bukan mahramku, dikala terang mahupun sorekh,
Berpegang tangan, berlaga pipi menjadi pilih,
Kononnya lebih rapat dan lebih berkasih,
Bukan deen ini yang aku tak faqih,
Tapi ‘trend’ sekarang tak boleh didalih,
Kalau tak, kelak jadi tersisih,
Takutkan tuhan menjadi pipih,
Bila ditegur orang yang muslih,
Bibirku menjuih, “Relakslah, rambutku belum putih!”
Masih ada masa untuk dosa dibersih.

Istighfarlah wahai diri,
Malu daku dengan si kecil tadi,
Lebih besar maluku pada Ilahi,
Selama hidup, syariatNya ada yang kutaati,
Ada yang kuingkari,
Istighfarlah diri!
Deen ini bukan acuan sendiri,
Tapi panduan Tuhan untuk manusiawi,
Memimpin kita ke jalan abadi,
Menyelamat kita dari binasa hakiki.
Sungguh! Aku malu,
Pada tuhanku,
Juga pada si kecil itu.

Ku sedar khilaf ini perlu kubetulkan,
Wajar kembali ke pangkal jalan,
Kerna hidup ini sekadar hiburan,
Seharusnya kugigih mengumpul bekalan,
Untuk dikendong ke hari kemudian,
Menjadi jaminan ke syurga impian.

Buat umi dan abi si kecil itu,
Didikanmu membina jitu,
Peribadi si kecil itu,
Ku ucapkan doa setulus kalbu,
Keberkatan dan keselamatan untuk kamu,
Semoga Allah menjaga dirimu,
Diri puteramu,
Dan diri setiap muslim yang menegak syariatMu.


BuRuAN CiNtAKu.....

Rindu tertikam
Sunyi mendakap dalam..
Bila nafasmu mengetuk tersebak jasadku
Bila jasadmu menyentuh menangis tenang kalbuku..
Cinta duniawi telunjuk kaku
Jiwaku terbang berteman angin yang melambung anganku

Cuba kuburu..
Jiwaku terkunci dalam dinding kaca terikat pada ranting yang terurai
Namun..tekad menjalar azam mendekati
Cuba memburu..
Hatiku berdenting memanggil
Jiwaku berlutut dalam diam tak terpeta kata
Memanggil sayu..membisik rindu..

Hatiku terus dirasuk
Kesilapanku terus memburu
Hitam datang lagi memaku lebih gelap berdebu..
Tiada gentar menghimpit
Tiada gusar tersepit kerna..
Tepisan cahaya pancaran kilauannya walau tanpa rembulan..
Dijemput teman tika kebuntuan mengusir kekosongan peneguh keperibadian
Menjadi buruan dikala kesepian

Layakmu pemandu penyuluh jalan
Guru memanah cinta Ar-Rahman..
Padanyalah mengalir segala sinaran disetiap tatapan..
Padanyalah mengalir sinar harapan disetiap titipan..
Mungkin harus kudakap erat tubuhmu duhai Al-Quran..
agar tak bisa lagi menjadi buruan..

cerpen.....saya sayang awak!!!

Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak. Mana taknya, awak sangat popular kat tempat awak belajar. Melalui kenalan saya yang belajar satu universiti dengan awak, awak ramai sangat peminat. Awak seorang yang baik dan mudah mesra dengan sesiapa pun. Tak hairanlah kalau awak menjadi pujaan pelajar-pelajar perempuan kat universiti termasuk kat universiti saya sekali. Awak ingat tak masa awak datang kat universiti saya untuk menyertai pertandingan pidato, cukup ramai pelajar-pelajar perempuan dari pelbagai universiti cuba menarik perhatian awak. Tapi saya tengok awak tak cuba mengambil kesempatan pun. Awak Cuma tersenyum bila kawan-kawan awak usik awak. Time tu terserlah lesung pipit awak kat pipi kiri awak. Awak nampak sweet sangat. Selama tiga hari awak kat universiti saya, saya Cuma pandang awak dari jauh je. Nak tegur saya malu. Apa yang paling buat saya makin jatuh cinta dengan awk ialah kemerduan suara awak masa awak melaungkan azan. Sungguh... saya benar-benar jatuh cinta dengan alunan azan yang awak laungkan. Rasa syahdu sangat sampai bergenang air mata saya time tu. Saat tu hati saya mula membisikkan sesuatu. Saya benar-benar dah jatuh cinta dengan awak.

Saya ingat lagi peristiwa yang membuatkan mimpi saya menjadi kenyataan. Awak ingat tak hari terakhir awak kat universiti tempat saya belajar? Lepas solat subuh kat masjid saya cepat-cepat bergegas nak balik asrama saya sebab subuh tu nampak macam nak hujan. Saya tak bawa payung, jadi saya kena cepat-cepat balik bilik. Tapi, belum pun setengah perjalanan saya, hujan turun lebat sangat, siap dengan angin yang kencang, guruh dan kilat lagi. Saya dah tak tentu arah time tu sebab saya takut sangat dengan bunyi guruh. Lagipun saya sedang jalan kat kawasan padang rumput, jadi saya tak dapat berteduh kat mana-mana. Dari jauh saya nampak pondok rehat kat tepi pokok rambutan yang selalu saya lepak time petang. Saya cepatkan langkah saya sebab nk cepat-cepat sampai kat situ. Kalau boleh saya nak berteduh kat situ sampai baju saya kering. Tiba-tiba saya tersepak batu dan jatuh. Lutut dan tapak tangan saya luka sebab terkena batu yang tajam kat tepi padang tu. Saya bangun dan teruskan langkah kat pondok tu. Sampai kat pondok tu saya nangis teresak-esak sebab saya takut bunyi guruh. Lagipun lutut dan tapak tangan saya sakit sangat sebab luka. Bayangkan saya duduk sorang2 kat pondok tu. Dah la cuaca masih gelap. Saya takut sangat-sangat.

Tiba-tiba saya dengar suara orang tegur saya. Bila saya toleh belakang, rupa-rupanya awak. Saya rasa malu sangat time tu. Saya kesat airmata saya cepat-cepat. Dari ekor mata saya, saya nampak awak tersenyum. Dalam hati saya mula terfikir macam-macam. Adakah awak akan anggap saya macam budak-budak sebab nangis? Saya termalu sendiri. Kemudian saya tengok awak seluk poket seluar awak. Awak keluarkan sapu tangan awak dan awak bagi kat saya. Awak suruh saya lap luka saya yang berdarah tu. Tak cukup dengan tu, awak bukak sweater yang awak pakai dan bagi kat saya. Baju saya yang basah menyebabkan bentuk tubuh saya terpamer. Jadi saya cepat-cepat pakai sweater awak. Awak memang seorang yang baik. Saya bersyukur sebab awak ada kt situ waktu tu. Sekurang-kurangnya saya tak rasa takut sangat. Lepas saya dah bersihkan luka saya awak mula sembang dngan saya. Mula-mula awak tanya nama saya, lepas tu latar belakang saya, lepas tu tentang kos yang saya ambil kat universiti dan kemudian kita sembang tentang isu-isu semasa. Dalam diam saya gembira sangat sebab saya tau macam-macam tentang awak. Setiap patah ayat yang awak bagi tau saya seolah-olah melekat dalam kotak fikiran saya. Rupanya, awak anak tunggal tapi awak ada adik beradik tiri. Awak berasal dari pantai timur. Ibu bapa awak dah bercerai dan awak tinggal dengan ibu awak yang bekerja sebagai seorang guru besar di sana. Saya dapat rasakan awak sedih bila awak mula berbicara tentang keluarga awak. Walaupun saya bukan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, tapi saya faham perasaan awak. Bila hujan dah berhenti, saya cepat-cepat nak minta diri sebab saya ada hal. Saya serba salah nak bagi balik sweater dan sapu tangan awak.Mana tidaknya, sweater awak dh basah dan saputangan awak dah kotor dengan darah. Bila saya tanya kat awak, awak terus tersenyum. Awak suruh saya guna sweater tu untuk balik dan pulangkan kat awak balik suatu hari nanti. Awak minta nombor telefon saya sebab awak cakap awak nak pastikan saya pulangkan sweater adidas awak yang mahal tu. Saya tersenyum mendengar kata-kata awak.

Selang dua hari lepas kejadian tu saya terima panggilan telefon dari awak. Saya gembira sangat2. Sejak tu kita start saling berhubung. Kalau sehari saya tak dapat mesej dari awak saya rasa gelisah semacam ja. Saya suka dengan perwatakan awak. Awak nampak matang sangat. Perbezaan umur kita Cuma setahun ja. Tapi saya rasa macam 10 tahun sebab awak matang sangat. Mungkin sebab awak anak tunggal. Jadi awak mesti berdikari untuk menjaga umi awak selepas ayah awak tinggalkan umi awak. Lepas sebulan kita kenal, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak.

Hari-hari yang saya lalui indah sangat dengan adanya awak kat sisi saya. Saya ingat lagi kata-kata awak. Awak cakap awak mahukan anak yang ramai bila kita kahwin nanti. Kemudian saya bagi tau awak yang saya harapkan anak sulung kita adalah lelaki. Saya mahukan anak lelaki sebab saya harap bila awak tak dapat imamkan solat, anak lelaki kita dapat gantikan awak. Saya juga berharap apabila saya mninggal dunia kelak, anak lelaki kita juga yang akan mengimamkan jenazah saya. Awak cakap awak nak letak nama Mustaqeem kat anak lelaki kita. Bila kita bincang2 balik, kita pilih nama Ammar Mustaqeem jika anak kita adalah lelaki dan Amna Az-Zahra jika anak kita perempuan. Awak memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah tinggikan suara kat saya sepanjang perhubungan kita. Awak terlalu mengambil berat akan diri saya. Saya gembira sangat sebab awak layan saya macam seorang puteri. Dalam hati saya, saya bertekad nak belajar rajin-rajin dan cari kerja secepat mungkin. Lepas tu saya nak kahwin dengan awak.

Namun, saya Cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tiba-tiba awak mula berubah sikap. Awak tak lagi macam dulu. Awak mula mengabaikan saya. Bila saya tanya awak cakap awak sibuk dengan assignment. Kadang2 awak sengaja off handphone awak bila saya kol. Saya buntu dengan perubahan sikap awak. Saya cuba selidik diri saya kalau2 saya ada buat salah. Akhir sekali saya nekad untuk pergi berjumpa awak kat universiti awak. Empat jam perjalanan menaiki bas terasa lambat sangat. Saya sengaja tak bagi tau awak sebab saya nak bagi kejutan kat awak. Sampai kat universiti tempat awak belajar saya terus pergi kat asrama awak. Tapi kawan awak cakap awak dah keluar. Saya tunggu awak kat kafe selama dua jam. Bila saya dah nekad nak balik, saya nampak kereta awak masuk kat perkarangan asrama. Hati saya kembali berbunga. Saya terus menuju ke arah kereta awak.awak....!!!! Alangkah remuknya hati saya bila saya tengok awak bersama wanita lain. Awak terkejut dengan kedatangan saya. Awak langsung tak pandang muka saya. Time tu saya rasa bodoh sangat sebab percayakan awak. Airmata saya mula gugur satu persatu walaupun saya bisikkan pada hati saya supaya bersabar. Hati saya bertambah remuk bila wanita yang berada di sisi awak menggelar saya perempuan yang tak tahu malu kerana cuba merampas awak. Bila dia lihat awak berdiam diri, dia semakin giat menghina saya. Awak, apa dosa saya? Kenapa awak diam ja saat dia mencarik-carik maruah saya?

Lepas tu saya terus ambil bas dan balik ke kampus saya. Airmata saya tak henti-henti mengalir kerana awak. Saya rasa sedih sangat2. Saat tu semua impian yang saya tanamkan bersama-sama awak mula berlegar-legar dalam kotak fikiran saya. Semakin saya tepis, semakin kuat ingatan saya terhadap awak bertandang. Sepanjang perjalanan saya Cuma mampu menangis. Saya dah tak kisah dengan pandangan orang yag berada di sebelah saya. Yang saya tahu, saya sangat2 kecewa dengan awak. Sampai kampus saya terus menuju kat bilik saya. Saya menangis puas2. Roomate saya Eton tak putus2 memberikan semangat kat saya. Saya dah tak boleh fikir time tu. Hati saya sakit sangat. Saya rasa menyesal sebab jatuh cinta. Kalau saya tahu macam ni rasanya putus cinta, saya tak akan terima cinta awak. Apa yang lebih menyakitkan awak tak hubungi saya langsung. Awak memang dah buang saya jauh-jauh dari hidup awak. Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata. Esoknya, saya demam teruk. Saya tak mampu nak bangun langsung. Airmata saya pula terlalu murah time tu. Saya cuba kuatkan diri saya untuk teruskan perjuangan saya menuntut ilmu, tapi saya tak mampu. Saya asyik ingatkan awak. Selama seminggu saya demam. Suatu hari saya dapat panggilan telefon dari rumah. Kakak saya suruh saya balik kampung. Rupa-rupanya mama saya sakit kuat. Semangat saya makin lemah. Saya di uji lagi. Dalam hati saya nekad akan lupakan awak dan akan bersemangat belajar kalau mama sembuh dari sakit. Alhamdulillah..mama selamat menjalani pembedahan dan semakin pulih. Akhirnya saya nekad melupakan awak. Peristiwa saya nyaris kehilangan mama menyebabkan saya semakin kuat untuk menempuhi hidup ni. Saya buang segala barang pemberian awak dan tukar nombor telefon saya. Saya benar-benar nak keluar dari bayangan awak. Alhamdulillah.. Saya tempuhi hari2 mendatang dengan cekal walaupun tanpa awak. Saya tak sangka saya mampu menjadi seorang wanita yang setabah ini. Mungkin awak tak akan percaya saya mampu tersenyum, ketawa dan gembira selepas awak remukkan hati saya. Matlamat saya Cuma satu. Saya nak capai impian saya iaitu menggenggam segulung ijazah.



Selepas 5 bulan tanpa khabar, awak tiba-tiba muncul kat asrama saya. Awak cakap awak nak kita jadi macam dulu balik. Awak cakap awak cintakan saya. Awak cakap awak nyesal tinggalkan saya kerana wanita lain. Tapi jawapan saya tetap sama. Saya tak akan terima awak selepas apa yang awak dah lakukan kat saya. Kemudian saya bangun dari kerusi dan terus pergi tanpa menoleh kat awak walaupun berkali-kali awak panggil saya. Saya tak akan percaya lagi dengan kata-kata awak. Sejak hari tu awak selalu hubungi saya. Namun saya tak pernah angkat telefon bila awak telefon saya. Hujung2 minggu awak selalu datang kat kampus saya tapi saya tak pernah keluar untuk jumpa awak. Saya pelik sangat tengok awak. Awak tak jemu ka??? Saya dah berkali-kali cakap yang saya tak akan terima awak kembali, tapi awak tak pernah putus asa. Saya rimas dengan awak. Suatu hari saya nekad nak berhadapan dengan awak. Saya ingat lagi reaksi muka awak saat saya cakap saya bencikan awak sepenuh hati saya dan saya tak akan terima awak kembali dalam hidup saya. Selama ni saya tak pernah cakap saya bencikan awak. Tapi hari tu saya bertekad untuk luahkannya agar awak faham saya memang bencikan awak. Sejak tu awak dah tak ganggu saya lagi. Saya gembira sangat kerana akhirnya awak sedar saya memang bencikan awak.

Suatu hari mama telefon saya dari kampung. Mama cakap ada orang merisik saya. Saya tanya pendapat mama. Mama cakap mama memang tertarik dengan lelaki yang mahukan saya menjadi suri hidupnya. Saya Cuma terdiam. Akhirnya saya minta masa tiga hari untuk memberi jawapan kepada mama. Selepas istikharah dan memohon petunjuk dari Allah saya nekad menelefon mama. Saya serahkan masa depan saya di tangan mama. Saya terima apa sahaja keputusan mama. Genap sebulan, mama cakap saya perlu balik ke kampung kerana pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang ke rumah saya. Saya tak tahu apa perasaan saya. Yang pasti saya nekad untuk menjadi isteri yang menyenangkan bakal suami saya. Saya agak gementar kerana saya tak pernah melihat bakal tunang saya. Apabila jari saya disarungkan cincin yang bertatahkan permata, saya mula rasa sebak. Saya sudah sah menjadi tunangan orang dalam usia 21 tahun. Wanita yang menyarungkan cincin ke jari saya tak putus2 mencium pipi saya. Dia membahasakan dirinya umi kepada saya. Melalui mama, tahulah saya bahawa umi merupakan ibu kepada tunang saya. Saya tercari-cari lelaki yang menjadi tunangan saya, namun saya hampa kerana dia tidak hadir pada hari tersebut kerana ada urusan. Tapi mama ada mengatakan gambar tunang saya ada di dalam laci bilik saya. Mama menetapkan dua tahun sebagai tempoh pertunangan kami kerana mama mahu saya tamat belajar sebelum mendirikan rumah tangga. Lagipun, kata mama tunang saya masih lagi belajar. Saya hanya mengangguk taktala mendengar perancangan mama.

Tetapi, selepas empat bulan pertunangan saya mama menggesa saya untuk berkahwin. Kata mama, sebelum mama pergi mengerjakan haji, mama ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Mama memang pandai melembutkan hati saya. Seperti biasa saya serahkan semua keputusan di tangan mama. Mama lah orang yang paling sibuk waktu tu. Segala persiapan saya serahkan pada mama.. Seminggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya pulang ke kampung. Tapi, waktu saya sampai di halaman rumah saya nampak kereta awak berada di depan tangga rumah saya. Saya panik sangat. Saya takut awak merosakkan majlis perkahwinan saya. Bila saya masuk ke dalam rumah saya lihat mama berbual mesra dengan awak. Saat mama cakap awak adalah bakal suami saya, saya terus lari keluar rumah. Saya menangis kat tepi pokok jambu air rumah saya. Saya menyesal sebab tak teliti semasa mama suarakan hasratnya untuk menerima pinangan awak.Saya menangis sepuas-puasnya. Kemudian saya lap airmata saya bila saya sedar awak duduk di sebelah saya. Saya minta awak batalkan perkahwinan kita, tapi awak cakap awak terlalu sayangkan saya. Sampai hati awak. Awak gunakan mama untuk melembutkan hati saya. Memang...Mama terlalu gembira dengan perkahwinan saya. Saya tak sampai hati nak hancurkan kegembiraan mama. Saya terpaksa akur dengan takdir yang menimpa saya.

Menjelang hari perkahwinn kita, saya masih seperti dulu. Saya tak dapat terima awak. Saya terpaksa kerana saya sayangkan mama. Saat awak melafazkan akad, airmata saya mula bergenang. Bila saya sah menjadi isteri awak, airmata saya gugur satu persatu dan semakin lama semakin lebat. Ini bukan airmata bahagia tapi ini airmata duka. Saya semakin takut untuk memikirkan hari2 yang bakal mendatang. Saya takut.. kemudian awak masuk ke dalam kamar saya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. Teguran mama membuatkan saya sedar dari lamunan saya. Saya salam tangan awak, saya cium tangan awak. Lepas tu, awak kucup dahi saya. Belum sempat saya tundukkan wajah saya awak lap air mata saya yang masih bersisa di pipi saya. Saya Cuma terdiam walaupun hati saya memberontak. Kehadiran mama dan kawan2 saya dalam kamar tu menyebabkan saya tak mampu bersuara. Saya Cuma ikut segala arahan-arahan mereka sewaktu bergambar. Saya dapat rasakan betapa palsunya senyuman saya ketika itu. Saya geram sangat bila awak peluk saya,saya marah sangat bila awak sentuh saya dan saya benci sangat bila awak ketawa mendengar usikan kawan2 saya.


Malam tu lepas habis solat isyak berjemaah di ruang tamu, saya termenung di dapur. Saya tengok awak rancak berbual dengan abang2 saya. Time tu fikiran saya kosong sangat2. Saya alihkan pandangan saya pada peti televisyen apabila saya sedar awak curi-curi memandang wajah saya. Saya betulkan tudung yang melekap di atas kepala saya. Tepat pukul 11 malam, mama datang ke dapur. Semua orang nampak mengantuk dan mula masuk ke bilik masing2. Mama pesan pada saya yang awak minta saya bawakan air kosong kat awak. Saya tuangkan air dan bawa ke ruang hadapan, tapi awak tak ada di sana. Bila saya tanyakan pada mama, rupa-rupanya awak tunggu saya di dalam bilik. Saya melangkah ke dalam bilik dengan hati yang resah. Apabila saya masuk ke dalam bilik, awak suruh saya berwudhuk sebab awak nak kita sama2 mendirikan solat syukur. Saya akur dengan perintah awak. Malam tu saya solat berimamkan awak. Akhir sekali awak berpaling mengadap saya. Saya salam tangan awak dan cium tangan awak. Belum sempat saya bangun awak cium ubun2 saya. Saya terdiam tanpa suara.

Saya perasan awak asyik perhatikan saya sewaktu saya membuka telekung saya. Saya faham maksud pandangan mata awak. Awak hampiri saya. Awak belai rambut saya. Mata awak tak berkelip memandang saya. Awak peluk pinggang saya. Tiba-tiba saya tepis tangan awak. Kemudian airmata saya mula gugur satu persatu. Saya mula luahkan segala yang terpendam dalam hati saya kat awak. Sesungguhnya, saya tak dapat terima awak dalam hidup saya sebab saya bencikan awak. Saya perlukan masa untuk redha dengan takdir yang menimpa saya. Lepas awak dengar penjelasan saya, awak pimpin saya ke katil. Awak selimutkan saya dan suruh saya tidur. Awak, saya sedar yang malaikat akan melaknat saya sehingga ke subuh kerana saya menafikan hak awak. Saya benar2 rasa bersalah, namun apabila memikirkan awak gunakan cara yang salah untuk memiliki saya perasaan bersalah saya hilang macam tu jer. Saya biarkan saja awak tidur kat atas sofa di malam pertama kita. Esoknya, awak kejutkan saya untuk solat subuh berjemaah. Selepas memberi salam, awak toleh belakang dan mula berbicara dengan saya. Saya ingat lagi kata2 awak. Awak cakap awak tak akan paksa saya dan awak nak saya jaga diri saya baik2 kerana saya sudah menjadi isteri awak. Awak juga suruh saya belajar rajin2 sebab saya masih ada dua tahun sebelum menamatkan pengajian saya. Sedangkan awak sudah berada di tahun akhir. Awak juga minta saya cuba menerima awak dan belajar menyayangi awak. Saya Cuma mengiyakan segala kata2 awak. Dalam hati saya, saya tak sabar2 untuk pulang ke kampus dan bebas dari awak. Saya yakin jarak universiti kita yang jauh akan memberi saya banyak ruang untuk berjauhan dengan awak.

p/s: bersambung....hehehehehe

TANDA2 KEMATANGAN


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA

Kecantikkan LelakiKecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yangada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.Kegagahan WanitaKegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatanperasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmudan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah danRasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Wallahualam.

JANGAN ANGKUH DENGAN KELEBIHAN ILMU AGAMA!!!

Menghina, cela orang lain ketika berceramah pamer sifat riak

SATU kewajipan dalam Islam adalah tahdzibun nafs (penyucian diri) tanpa pengecualian. Meninggalkan kewajipan ini menyebabkan kerugian dunia dan akhirat, sedangkan kesucian hati adalah sumber segala keutamaan, sementara kekotoran hati, sumber kehinaan. Akhlak mulia terpancar daripada hati yang bersih, suci dan luhur.

Tidak syak lagi bahawa jiwa yang bersih akan melahirkan tingkah laku dan gerak-geri mulia, sopan dan tertib. Kita mungkin berasa geram dan marah apabila ada kalangan ilmuan agama mengeluarkan kenyataan yang terlalu angkuh dan sombong berbentuk menghina terhadap kalangan ilmuan agama yang lain, lebih-lebih lagi oleh kalangan mereka yang tidak sealiran sama ada dengan individu atau kumpulan dimusuhi.

Bahasa yang diguna untuk mencela dan menghina tidak mencerminkan imej merendah diri dan tawaduk mereka. Apa yang lebih ditakuti ialah lahirnya golongan berilmu tetapi jumud, berani tetapi kurang ilmu, emosi tak bertempat dan berbagai lagi sifat negatif golongan agama ini tetapi mengaku bahawa mereka juga perlu diiktiraf sebagai golongan ulama.

Ulama seperti ini kata Muhammad al-Ghazali, biasanya menjadi tumpuan ramai, kerana gambaran zahir yang kononnya lebih Islamik ini menampilkan keberanian mereka mempertikaikan banyak perkara. Pertikaian remeh-temeh ini terus disuburkan oleh media. Tambahan pula mereka disokong pula oleh golongan 'ulama segera'.

Syeikh Muhammad al-Ghazali pernah menegur mereka yang belajar ilmu hari Sabtu, pada hari Ahad sudah mengajar, hari Isnin sudah ditabal sebagai ulama besar, hari Selasa dengan berani menegur orang lain secara terbuka.

Sikap dan keinginan mendabik dada sebagai golongan yang berilmu tinggi ini boleh menimbulkan rasa angkuh dan sombong dalam diri individu berkenaan. Mereka tidak boleh dikritik apatah lagi daripada kalangan yang tidak sealiran. Inilah bunga-bunga keangkuhan dan kesombongan yang mula mekar dalam diri mereka.

Buanglah jauh-jauh rasa sombong, takbur dan angkuh yang melanda sebahagian daripada ilmuan agama kita. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang itu menjadi takbur apabila ia merasakan dirinya lebih mulia daripada seekor anjing.

Contohilah para sahabat seperti Umar al-Khattab yang begitu menghormati Abu Bakar as-Siddiq kerana menyedari hakikat kedudukan dirinya jika dibandingkan dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sesiapa bersikap dengan kesombongan maka ia melakukan dosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merendahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur." (Surah al-Sajdah: 15).

Mereka yang beriman kepada ayat-ayat Allah terdiri daripada mereka yang bersifat tidak sombong, angkuh dan takbur serta merendah diri tanpa mengecualikan golongan dan individu tertentu yang dikatakan mempunyai kedudukan dan penghormatan tinggi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seorang pun berasa dirinya megah (lebih bangga diri) daripada orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain". (Riwayat Muslim).

Dalam sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah mengutamakan pendapat para sahabat dalam persoalan pengurusan dan perancangan seperti di Badr, Uhud dan banyak lagi peristiwa yang lain.

Bahkan cadangan Salman Al-farisi membina parit sebagai strategi untuk melawan musuh berakhir dengan pembinaan parit mengelilingi Madinah sewaktu perang Khandak sebagai membuktikan penghormatan Rasulullah SAW kepada pandangan sahabat.

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, diceritakan satu peristiwa berhubung amalan pendebungaan pokok tamar oleh orang Madinah yang ditegur oleh Baginda dan mereka menghentikan amalannya kerana menghormati Rasulullah SAW.

Akhirnya hasil berkurangan dan apabila Rasulullah mendengar keadaan ini, maka bersabda Rasulullah: "Saya hanya manusia biasa. Hanya apabila saya mengarahkan kamu berhubung persoalan kewajipan keagamaan saja perlu kamu mematuhinya, tetapi sekiranya saya menyatakan sesuatu berdasarkan pendapat saya, ia hanya satu pandangan. Semestinya kamu lebih tahu mengenai urusan dunia kamu".

Jelas bukan semua pendapat yang diutarakan Rasulullah adalah hukum yang tidak boleh dibincangkan atau dipertimbangkan. Sekiranya begitu kaedahnya yang ditunjukkan Rasulullah, maka tidak mungkin semua yang dikatakan oleh ulama dalam soal pendapat dan pandangan semestinya diterima bulat-bulat seolah-olah ia pandangan yang betul.

Sekiranya semua yang dikatakan ulama dianggap bagaikan wahyu, maka kita akan kembali kepada zaman teokrasi. Zaman di mana kuasa yang ada tidak boleh dipertikaikan, apa lagi untuk mengkritik atau memperbetulkan akan kesilapan atas sifat manusia biasa.

Sebab itu, ilmuan Islam mesti sedar bahawa mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam pelbagai disiplin ilmu. Tidak semestinya apabila bergelar ulama, mereka seolah-olah sudah menguasai semua bidang ilmu termasuk ilmu keduniaan.

Pandangan mereka tidak semestinya menjadi fatwa yang tidak boleh ditegur. Sebenarnya boleh ditegur kerana mungkin mereka tidak ada kepakaran dalam aspek berkenaan. Keengganan mereka, yakni ilmuan Islam atau ulama untuk tidak menerima sebarang teguran menjadikan mereka angkuh dan sombong.

Sikap ini menjadi-jadi apabila berlakunya pemujaan dan taksub yang melampau kepada individu terbabit. Sifat melabelkan golongan yang menegur kesilapan mereka sebagai golongan yang tidak setaraf memancarkan sikap angkuh, sombong dan takbur mereka.

Melabelkan ulama yang tidak secocok mengikut aliran mereka dengan gelaran ulama terompah kayu, ulama haid dan nifas, ulama fulus adalah sesuatu yang melampau dan mencerminkan keburukan ulama berkenaan.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islami (Damai)

13 AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. [color=limegreen]Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. [/color]


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah. <> <> Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wasallam.



ADAB DENGAR AZAN....JOM SINGKAP DARI ISU....


Kematian itu pasti menjelma. Hanyamasa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapakebanyakan orang yg nazak, hampir ajaltidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankanagar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajibmenghormati azan Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak bolehmendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kitatidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgnizinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmautmenghampiri kami. Amin.. amin.. aminYarobbal a'lamin.."


*Bercakap ketika azan tidak boleh mengucap?


Mengatakan bahawa jika bercakap ketika azan akan menghadapi azab tidak boleh mengucap ketika nazak adalah perkara yang salah.JIka benar bercakap ketika azan adalah satu perkara yang salah dan dilarang oleh Allah,kenapakah para sahabat bercakap ketika azan dilaungkan?Dalilnya:Adalah mereka di zaman Umar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah Umar masuk ke dalam masjid, apabila Umar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Thalabah : Kami pun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu Umar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kami pun diam dan tidak ada seorang pun daripada kami yang berbicara. [Muwata Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307]Kalau benar bercakap ketika azan akan menyebabkan mati tak dapat mengucap, para Sahabat tentu tidak akan melakukannya!Menjawab azan tidak wajib,tetapi SunnatBerdalilkan (dengan satu perbuatan Nabi s..a.w) {ketika mana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka."} (HR Muslim)Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi s.a.w akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahut azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadis dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada istihab (sunat)..." [ As-Sana'ani, Subulus Salam. jld. 1, ms. 428]Jadi kalau menjawab azan yang telah jelas ada dalilnya tu pun sunat, arahan mewajibkan berdiam diri yang tiada dalilnya lebih lagi tidak dapat menjadi hujah . Malahan ianya bertentangan dengan nas-nas sahih dan jelas kerana Nabi s.a.w juga bercakap ketika azan dan Nabi s.a.w menjawab azan (bukan berdiam diri). Kalau dibandingkan dengan berbual-bual kosong, tentu lebih utama menjawab azan kerana itu sunnah.Jika kalian mendengar seruan (adzan), ucapkanlah seperti yang dilaungkan oleh muadzzin. [Sahih Muslim - no:383]


HADIS-:Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankanagar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajibmenghormati azan Banyak fadhilatnya..."


“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dariorang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya).Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul),tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telahkeluar agama seperti anak panah yang lepas dari busarnya.Di mana sahaja kamu dapat menemuinya,maka hapuskanlah (patahkanlah hujah) mereka itu,siapa yang dapat menghapus(mematahkan hujah) mereka,kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.”( Riwayat Bukhari dan Muslim )



HAKIKAT JIHAD

Jihad merupakan puncak kekuatan dan kemuliaan Islam. Orang yang berjihad akan menempati kedudukan yang tinggi di surga, sebagaimana juga memiliki kedudukan yang tinggi di dunia Secara umum, hakikat jihad mempunyai makna yang sangat luas iaitu berjihad melawan hawa nafsu, syaitan, dan orang-orang fasik dari kalangan ahli bid’ah dan maksiat. Sedangkan menurut syara’ jihad adalah mencurahkan seluruh kemampuan untuk memerangi orang kafir. [Lihat Fathul Bari 6/77] Sehingga dapat disimpulkan, jihad itu merangkumi empat bahagian :




A)Jihad melawan hawa nafsu yang meliputi empat masalah iaitu:-


i)berjihad melawan hawa nafsu dalam mencari dan mempelajari kebenaran agama yang haq.


ii)berjihad melawan hawa nafsu dalam mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.


iii)berjihad melawan hawa nafsu dalam mendakwahkan ilmu dan agama yang haq.


iv)berjihad melawan hawa nafsu dengan bersabar dalam mencari ilmu, beramal dan dalam berdakwah.




B)Jihad melawan syaitan yang dapat dilakukan dengan dua cara:-


i)berjihad melawan syaitan dengan menolak setiap apa yang dilancarkan syaitan yang berupa syubhat dan keraguan yang dapat mencederai keimanan


ii)Berjihad melawan syaitan dengan menolak setiap apa yang dilancarkan syaitan dan keinginan-keinginan hawa nafsu yang merosak.




C)Berjihad melawan orang-orang fasik, pelaku kezaliman, pelaku bid’ah dan pelaku kemungkaranJihad ini meliputi tiga tahapan iaitu:-


i)dengan tangan apabila mampu.


ii)Jika tidak mampu, maka dengan lisan


iii)jika tidak mampu juga, maka dengan hati, yang setiap kaum muslimin wajib melakukannya.




Yaitu dengan cara membenci mereka, tidak mencintai mereka, tidak duduk bersama mereka, tidak memberikan bantuan terhadap mereka, dan tidak memuji mereka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Tiga perkara ; barangsiapa yang pada dirinya terdapat tiga perkara ini, maka dia akan mendapatkan kelazatan iman ; Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada yang lainnya, ia mencintai seseorang hanya karena Allah dan dia benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam neraka” [HR Bukhari dan Muslim]




“Barangsiapa mencintai karena Allah, membenci karena Allah, memberi karena Allah, dan tidak memberi kerana Allah, maka dia bererti telah sempurna imannya” [HR Abu Dawud]




“Barangsiapa membuat perkara yang baru atau mendukung pelaku bid’ah, maka dia terkena laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia” [HR Bukhari dan Muslim]Berjihad melawan orang fasik dengan lisan merupakan hak orang-orang yang memiliki ilmu dan kalangan para ulama iaitu dengan cara menegakkan hujjah dan membantah hujjah mereka, serta menjelaskan kesesatan mereka, baik dengan tulisan ataupun dengan lisan.




Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan : “Yang membantah ahli bid’ah adalah mujahid” [Lihat Al-Fatawa 4/13] Syaikhul Islam juga mengatakan : “Apabila seorang mubtadi menyeru kepada aqidah yang menyelisihi Al-Qur’an dan Sunnah, atau menempuh manhaj yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah, dan dikhawatirkan akan menyesatkan manusia, maka wajib untuk menjelaskan kesesatannya, sehingga orang-orang terjaga dari kesesatannya dan mereka mengetahui keadaannya” [Lihat Al-Fatawa 28/221]




Oleh karena itu, membantah ahli bid’ah dengan hujjah dan perbalahan, menjelaskan yang haq, serta menjelaskan bahaya aqidah ahli bid’ah merupakan sesuatu yang wajib untuk membersihkan ajaran Allah, agamaNya, manhajNya, syari’atNya.Berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, menolak kejahatan dan kedustaan ahli bid’ah merupakan fardu kifayah kerana seandainya Allah tidak membangkitkan orang yang membantah mereka, tentulah agama itu akan rosak.




Ketahuilah, kerosakan yang ditimbulkan dari perbuatan mereka, lebih berbahaya daripada berkuasanya orang kafir. Ini adalah kerana kerosakan orang kafir dapat diketahui oleh setiap orang, sedangkan kerosakan pelaku bid’ah hanya diketahui oleh orang-orang alim. Adapun berjihad melawan orang fasik dengan tangan, maka ini menjadi hak bagi orang-orang yang memiliki kekuasaan atau Amirul Mukminin, iaitu dengan cara menegakkan hudud (hukuman) terhadap setiap orang yang melanggar hukum-hukum Allah dan RasulNya. Sebagaimana pernah dilakukan Abu Bakar dengan memerangi orang-orang yang menolak membayar zakat, Ali bin Abi Thalib memerangi orang-orang Khawarij dan orang-orang Syi’ah Rafidhah.


D)Jihad melawan orang-orang munafik dan kafir


Bagaimana dengan berjihad melawan orang-orang munafik dan kafir?Al-Imam Ibnu Qayyim menyatakan, jihad memerangi orang kafir adalah fardhu ‘ain ; dia berjihad dengan hatinya, atau lisannya, atau dengan hartanya, atau dengan tangnnya ; maka setiap muslim berjihad dengan salah satu di antara jenis jihad ini. [Lihat Zadul Ma’ad 3/64]


Akan tetapi, berjihad memerangi orang kafir dengan tangan hukumnya fardhu kifayah, dan tidak menjadi fardhu ‘ain, kecuali jika terpenuhi salah satu dari empat syarat berikut ini :

i)Apabila dia berada di medan pertempuran

ii)Apabila negerinya diserang musuh.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan ; “Apabila musuh telah masuk menyerang sebuah negara Islam, maka tidak diragukan lagi, wajib bagi kaum muslimin untuk mempertahankan negaranya dan setiap negara yang terdekat, kemudian yang dekat, karena negara-negara Islam adalah seperti satu negara” (Al-Ikhtiyarat : 311) Jihad ini dinamakan Jihad Difa’.


iii)Apabila diperintah oleh Imam (Amirul Mukminin) untuk berperang

iv)Apabila dibutuhkan, maka jihad menjadi wajib. [Lihat al-Mughni, Al-Majmu’, Zaadul Mustaqni]


Adapun disyariatkan jihad melawan orang kafir (dengan tangan), melalui tiga tahapan iaitu:-

i)Diizinkan bagi kaum muslimin untuk berperang dengan tanpa diwajibkan.

Allah berfirman. “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu” [Al-Hajj : 39]


ii)Perintah untuk memerangi setiap orang kafir yang memerangi kaum muslimin. Allah berfirman.

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” [Al-Baqarah : 190]


iii)Perintah untuk memerangi seluruh kaum musyrikin sehingga agama Allah tegak di muka bumi. “Dan perangilah musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi semuanya ; dan ketahuiilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” [At-Taubah : 36]


Tahapan yang ketiga ini tidak dimansuh sehingga menjadi ketetapan wajibnya jihad sampai hari kiamat. Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata : “Marhalah (tahapan) yang ketiga ini tidak dimansuh, tetap wajib sesuai dengan kondisi kaum muslimin” [Fadlu Al-Jihad Wal Mujahidin, 2 : 440] Demikian secara singkat hakikat jihad berserta tahapan-tahapan perintah tersebut. Semua ini harus difahami oleh kaum muslimin, sehingga dalam menetapkan jihad, sesuai dengan keadaan dan syarat-syarat yang harus dipenuhi. Wallahu a’lam

11 DISIPLIN MEMBENTUK PENDAKWAH YANG BERJAYA


ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud:
"Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari) Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara. Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:
Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.
Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.

Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.
Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaik semasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.
Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantap dengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.
Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar. Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya.
Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari dari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain.
Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.
Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan.
Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman. Apa yang perlu diteliti pendakwah sebelum berdakwah ialah menilai tahap kemampuan orang yang ditujukan dan ingin disampaikan mesej dakwah. Setiap manusia mampu untuk berdakwah menurut kemampuan dan kebolehan dianugerahkan Allah kepadanya. Pendakwah perlu bersikap dengan lebih berhati-hati dalam percubaan menyampaikan dakwah dan kesemua ini dapat dicapai melalui latihan berterusan dan berkesinambungan serta penuh kesungguhan mengikut keupayaan termampu.

di jALaN dAKwAh aKu mEnikAh

Di Jalan Dakwah Aku Menikahwww.iluvislam.comCahyadi TakriawanEditor: arisHa27'Atribute' yang diberikan Islam kepada kita, salah satunya adalah "dai ilallah". Kita dituntut untuk merealisasikan dakwah dalam seluruh kehidupan kita. Setiap langkah kita sesungguhnya adalah dakwah kepada Allah, oleh sebab itulah Islam terkhabarkan kepada masyarakat. Bukankah dakwah bermakna mengajak manusia merealisasikan ajaran-ajaran Allah dalam kehidupan seharian? Sudah selayaknya kita sebagai pelaku menunaikannya buat pertama kali, sebelum mengajak kepada orang lain. Pernikahan akan bersifat dakwah apabila dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Islam dan menimbang berbagai kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya. Dalam memilih jodoh, dipilihkan pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah. Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kemaslahatan secara lebih luas. selain kriteria umum sebagaimana tuntutan fikah Islam, pertimbangan lainnya ialah;"Apakah pemilihan jodoh ini memiliki implikasi kemaslahatan yang optimal bagi dakwah, ataukah sekadar mendapatkan kemaslahatan bagi dirinya sahaja?"Contohnya, diantara sekian banyak wanita muslimah yang telah memasuki usia siap menikah, mereka berbeza-beza jumlah bilangan usianya dan oleh sebab itu berbeza pula tingkat kemendesakannya untuk menikah. Beberapa orang bahkan sudah mencapai usia 35 tahun, sebagian yang lain antara 30 hingga 35 tahun, sebagian berusia 25 hingga 30, dan yang lainnya di bawah usia 25 tahun. Mereka semua ini siap menikah, mampu menjalankan fungsinya dan peranan sebagai isteri dan ibu dalam rumah tangga. Anda adalah lelaki muslim yang telah berniat melaksanakan pernikahan. Usia anda 25 tahun. Anda dihadapkan dengan realiti bahawa wanita muslimah yang sesuai kriteria fikah Islam untuk anda nikahi ada sekian banyak jumlahnya. Maka siapakah yang lebih anda pilih, dan dengan pertimbangan apakah anda memilih dia sebagai calon isteri? Ternyata anda memilih si A, karena dia memiliki kriteria kebaikan agama, cantik, menarik, pandai, dan usianya masih muda, 20 tahun atau bahkan kurang dari itu. Apakah pilihan anda itu salah? Demi Allah, pilihan anda ini tidak salah! anda telah memilih calon isteri dengan benar kerana berdasarkan kriteria kebaikan agama, dan memenuhi sunnah kenabian. Bukankah Rasulullah bertanya kepada Jabir ra : 'Atribute' yang diberikan Islam kepada kita, salah satunya adalah "dai ilallah". Kita dituntut untuk merealisasikan dakwah dalam seluruh kehidupan kita. Setiap langkah kita sesungguhnya adalah dakwah kepada Allah, oleh sebab itulah Islam terkhabarkan kepada masyarakat. Bukankah dakwah bermakna mengajak manusia merealisasikan ajaran-ajaran Allah dalam kehidupan seharian? Sudah selayaknya kita sebagai pelaku menunaikannya buat pertama kali, sebelum mengajak kepada orang lain. Pernikahan akan bersifat dakwah apabila dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Islam dan menimbang berbagai kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya. Dalam memilih jodoh, dipilihkan pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah. Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kemaslahatan secara lebih luas. selain kriteria umum sebagaimana tuntutan fikah Islam, pertimbangan lainnya ialah;"Apakah pemilihan jodoh ini memiliki implikasi kemaslahatan yang optimal bagi dakwah, ataukah sekadar mendapatkan kemaslahatan bagi dirinya sahaja?"Contohnya, diantara sekian banyak wanita muslimah yang telah memasuki usia siap menikah, mereka berbeza-beza jumlah bilangan usianya dan oleh sebab itu berbeza pula tingkat kemendesakannya untuk menikah. Beberapa orang bahkan sudah mencapai usia 35 tahun, sebagian yang lain antara 30 hingga 35 tahun, sebagian berusia 25 hingga 30, dan yang lainnya di bawah usia 25 tahun. Mereka semua ini siap menikah, mampu menjalankan fungsinya dan peranan sebagai isteri dan ibu dalam rumah tangga. Anda adalah lelaki muslim yang telah berniat melaksanakan pernikahan. Usia anda 25 tahun. Anda dihadapkan dengan realiti bahawa wanita muslimah yang sesuai kriteria fikah Islam untuk anda nikahi ada sekian banyak jumlahnya. Maka siapakah yang lebih anda pilih, dan dengan pertimbangan apakah anda memilih dia sebagai calon isteri? Ternyata anda memilih si A, karena dia memiliki kriteria kebaikan agama, cantik, menarik, pandai, dan usianya masih muda, 20 tahun atau bahkan kurang dari itu. Apakah pilihan anda itu salah? Demi Allah, pilihan anda ini tidak salah! anda telah memilih calon isteri dengan benar kerana berdasarkan kriteria kebaikan agama, dan memenuhi sunnah kenabian. Bukankah Rasulullah bertanya kepada Jabir ra : “Mengapa tidak menikah dengan seorang gadis yang bisa engkau cumbu dan bisa mencumbuimu” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dan inilah jawapan dakwah seorang Jabir ra, “Wahai Rasulullah, saya memiliki saudara-saudara perempuan yang berjiwa keras, saya tidak mau membawa yang keras juga kepada mereka. Janda ini saya harapkan mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.” kata Jabir. “Benar katamu” jawab Nabi saw. Jabir tidak hanya berfikir untuk kesenangan dirinya sendiri. Dia bisa memilih seorang gadis perawan yang cantik dan masih muda. Namun dia memiliki kepekaan dakwah yang amat tinggi. Kemaslahatan menikahi janda tersebut lebih tinggi dalam pandangan Jabir, dibandingkan dengan menikahi gadis perawan. Nah, apabila semua lelaki muslim berfikiran dan menentukan calon isterinya harus memiliki kecantikan ideal, berkulit putih, usia 5 tahun lebih muda dari dirinya, maka siapakah yang akan datang melamar para wanita muslimah yang usianya diatas 25 tahun, atau usia diatas 30 tahun atau bahkan diatas usia 35 tahun ? Siapakah yang akan datang melamar para wanita muslimah yang dari segi fizikal tidak cukup alasan untuk dikatakan sebagai cantik menurut ukuran umum? Mereka adalah para muslimah yang melaksanakan ketaatan, mereka adalah wanita solehah, menjaga kehormatan diri, bahkan mereka aktif terlibat dalam kegiatan dakwah dan sosial. Menurut anda, siapakah yang harus menikahi mereka? Ah, mengapa pertanyaannya “harus” ? Dan mengapa pertanyaan ini hanya dibebankan kepada seseorang ? Kita boleh saja mengabaikan dan melupakan realiti ini. Jodoh ditangan Allah. Kita tidak memiliki hak menentukan segala sesuatu, biarlah Allah memberikan keputusan agungNya. Kita memang bisa melupakan mereka dan tidak peduli dengan orang lain tetapi bukankah Islam tidak menganjurkan kita berperilaku demikian? Walaupun Nabi Muhammad saw menganjurkan Jabir agar beristeri gadis, kita juga mengetahui bahwa hampir seluruh isteri Rasulullah adalah janda. Walaupun Nabi Muhammad saw menyatakan agar Jabir beristeri gadis, pada kenyataannya Jabir telah menikahi janda. Demikian pula permintaan mahar Ummu Sulaim terhadap lelaki yang datang melamarnya, Abu Thalhah. Mahar keislaman Abu Thalhah menyebabkan Ummu Sulaim menerima pinangannya. Inilah pilihan dakwah. Inilah pernikahan barakah, membawa maslahat bagi dakwah. Sebagaimana pula fikiran yang tersirat di benak Sa’ad bin Rabi saat ia menerima saudara seiman, Abdul Rahman bin Auf. “Saya memiliki dua isteri sedangkan engkau tidak memiliki isteri. Pilihlah seorang diantara mereka yang engkau suka, sebutkan mana yang engkau pilih, akan saya ceraikan dia untuk engkau nikahi. Kalau iddahnya sudah selesai maka nikahilah dia” (Riwayat Bukhari) Dia tidak memaksudkan apapun kecuali memikirkan keadaan saudaranya seiman yang belum lagi memiliki isteri. Keinginannya berbuat baiknya telah memunculkan ide aneh tersebut. Akan tetapi sebagaimana kita ketahui, Abdul Rahman bin Auf menolak tawaran itu, dan dia sebagai orang baru di Madinah hanya ingin ditunjukkan jalan ke pasar. Ini hanya satu contoh saja, bahwa dalam konteks pernikahan, hendaknya dikaitkan dengan projek besar dakwah Islam. Jika kecantikan gadis harapan anda bernilai 100 poin, tidakkah anda bersedia menurunkan 20 atau 30 poin untuk mendapatkan kebaikan dari segi yang lain? Ketika pilihan itu membawa maslahat bagi dakwah, mengapa tidak ditempuh? Jika gadis harapan anda berusia 20 tahun, tidakkan anda bersedia sedikit memberikan toleransi dengan masalahat kepada wanita yang lebih mendesak untuk segera menikah disebabkan desakan usia? Jika anda adalah wanita muda usia, dan ditanya dalam konteks pernikahan oleh seorang lelaki yang sesuai kriteria harapan anda, mampukah anda mengatakan kepada dia, “saya memang telah siap menikah, akan tetapi si B sahabat saya, lebih mendesak untuk segera menikah”. Atau kita telah sepakat untuk tidak mahu melihat realiti seperti itu kerana ia bukanlah tanggung jawab kita ? Ia adalah urusan masing-masing. Keberuntungan dan keidakberuntungan adalah soal takdir yang tidak berada di tangan kita. Masya Allah, seribu dalil boleh kita gunakan untuk mengabsahkan fikiran individualistik kita. Akan tetapi hendaknya kita ingat pesan kenabian berikut: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang dan kelembutan hati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh menderita sakit, terasakanlah sakit tersebut di seluruh tubuh hingga tidak bisa tidur dan panas” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Boleh jadi kebahagiaan pernikahan kita telah menyakitkan dan menguris hati orang lain. Setiap saat mereka mendapatkan undangan pernikahan, mereka harus membaca dan menghadiri dengan perasaan yang sedih kerana tidak mempunyai jodoh sementara usia terus bertambah dan kepercayaan diri semakin berkurang. Disinilah perlunya kita berfikir tentang kemaslahatan dakwah dalam proses pernikahan seorang muslim.

Wednesday, February 10, 2010

rAhsiA 7 hUruf

Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihahwww.iLuvislam.comdihantar oleh : ekuealhafizeditor : almusafirq8
Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab). Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Tha' (ث), Jim (ج), Kha' (خ), Zai (ز), Syin (ش), Zho' (ظ) dan Fa' (ف). Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.
Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam kitab Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut. Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'. Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu:-1) Huruf Nuraniyyah (gemerlapan/kilauan) 2) Huruf Zulmaniyyah (kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod (ص), Ra' (ر), Alif (ا), Tho' (ط), 'Ain (ع), Lam (ل), Ya' (ي), Ha'(هـ)(baca nipis), Qaf (ق), Nun (ن), Mim (م), Sin (س), Kaf (ك) dan Ha' (ح). Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah. Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah, 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah dan bahagian ketiga iaitu 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah. Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir). Maksud fiman Allah:

Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah" Surah Faatir : ayat 32

Monday, February 8, 2010

siSteR iN islAm

Wahai intelek pejuang wanita
yang berjuang
memperjuangkan hak waita di dalam dikriminasi sosial
umat manusia masa kini.


mempersoalkan hukum - hakam Tuhan
merujuk nafsu menolak hikmah
Memporak peranda keimanan muslimah

Apa itu aurat?
menurut intelek,
sister in islam...
Aurat...menyelubungi wanita dari modenisasi
berkabung dalam kegelapan.

Apa itu separuh pusaka?
Demi memiskinkan ekonomi wanita
kerana wanita dikatakan kelas kedua
letaknya..........

Saudariku ............sister in islam.....
apa itu wanita?
apabila kejelitaan terselamat dari menjadi...
santapan mata yang tidak bermoral
apabila nasib sendiri ditunggangi
dikongsi kepada seorang lelaki
dengan syarat yang ketat
dan tanggungjawab yang memberat
mempukak lelaki?
Apabila hak mentadbir ekonomi
dan mengurusi dunianya diberi...
lalu dihormati...

Temanku.....
wanita bukan kelas kedua dalam islam
bahkan perhiasan dunia yang melambangkan agama
bidadari penyeri kehidupan manusia
dan seluruh alam ini
yang wujudnya disanjung kemuliaannya sebagai isteri,ibu...
dan serikandi yang agung
membentuk tamadun
hak yang setara dengan keperluan
hadirnya disamping lelaki
sebagai satu keistimewaan...

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com Discover the Beauty of Islam: "Bagaimana BidadariMu?

www.iluvislam.com
Dihantar oleh : apa2punbleh*
Editor : arisHa27





“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”



Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."