Wahai semanagt muda sahabat remaja
Gelora juang menyemangatimu
Mengalir dari sukma
Menuju celah-celah cahaya
Mencari redha Illahi
Wahai semangat muda sahabat remaja
Engkau adalah gelombang air
Yang memercikkan batuan
Terpisah kerana keserakahan manusia
Engkau adalah embun
Yang bergaut di atas daun
Terpisah kerana rasa dengki mentari pagi
oh...semangat muda sahabat remaja
Mari taburkan iman dan taqwa
Di taman pengabdian dan mewangi semerbak
Dengan tafakurmu
Dengan zikir mautmu
Dengan zikrullah
Hingga bunga-bunga mahabbah
Putik-putik jihad
Tangkai-tangkai ukhuwah
Getah-getah syuhadah
Menghiasi taman syurga.
No comments:
Post a Comment