Sunday, December 27, 2009

"FATWA MUJAHID CINTA"

Bukan panggilan nyiur yang melambai
Buakan ikatan tanah air
Bukan seruan laut dan daratan
Buakan isikan angin sepoi-sepoi bahasa
Bukan jeritan ladang dan sawah yang menguning emas
Bukan kerana serahan terjun
Bukan hempasan ombak deburan laut
Bukan nyanyian murai berkicau di waktu petang
Bukan merdunya kokok ayam bersahut-sahutan kala pagi menyinsing
Bukan komando lolongan anjing di senja hari

Tetapi...
Kerana Allah kami bersimbah peluh
Kerana Allah kami berkuah air mata
Kerana Allah kami bertumpah darah
Kerana Allah kami tinggalkan perpaduan
dan'
Kerana Allah kami sahut seruan

Untuk jihad Fi Sabilillah
Harta...Tahta
dan...
Seluruh aksesori dunia
Kami pendam di laut samudera
Biar jiwa muthma'inah
Berjumpa Allah Azza wa Jalla...

No comments:

Post a Comment