Seorang mujahid cinta selalu bersiap sedia di mana saja untuk jihad fi sabillillah.Dia tidak sampai hati melihat kezaliman dan kerosakkan di muka bumi ini.Dia selalu ingin bergerak dan menentang musuh.Oleh sebab itu,para sahabat Nabi maju ke gelanggang fi sabillillah dengan gelora semangat menentang musuh. Dalam sejarah,Abu Dujanah cukup terkenal sebagai seorang jihad fi sabillillah yang menentang kaum musyrik sambil menyebut dalam syair yang berbunyi" Aku tidak berniat akan kembali Hanya ku harapkan keampunan Illahi Dan pukulan membawa mati Yang menusuk ke ulu hati Benar,Syahid itu merupakan satu penghormatan bila seorang mujahid gugur dan mendapat gelar syuhada.Kematian ini adalah penghormatan yang diberikan Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang amat dicintaiNya. Rasulullah S.A.W mengatakan: "tidak seorang yang mesuk syurga berkeinginan kembali ke dunia,meskipun bagaimana besarbta kejayaan di dunia,kecuali orang-orang yang mati syahid.Dia ingin kembali ke dunia untuk bunuh dalam peperangan fi sabil lillah sehingga sepuluh kali kerana apa yang dilihatnya dari penghrmatan yang telah diberikan Allah kepadanya" (hadis riwayat bukhari dan muslim) Keinginan sang mujahid yang matinsyahid untuk kembali hidup dan mati semula dalam perang fi sabilillah.kerana saat terbunuh,dia tidak begitu merasakan sehingga dirasakan seperti dicubit teman sendiri.Hal ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith: "tidak terasa bagi orang-orang yang mati syahid pedihnya pembunuhanmelainkan sebagai mana salah seorang daripada kamu merasakan sakitnya cubitan."(HR Tirmizi dan Thabrani) Dalam Hadith yang lain,Rasulullah s.a.w menjelaskan: "Gigitan semut lebih sakit bagi seseorang yang mati syahid melebihi dari sentihan senjata,bahkan sentuhan senjata itu baginya lebih segar daripada dingin musim kemarau." Tidak ada yang dapat menandingi mati syahid kerana insan yang mati syahid adalah insan yang terpilih.Semuanya telah diserahkan kepada Allah SWT sehingga saat yang dirasakan hanyalah kenikmatan.Sehingga ketika Hamzah bin Abdul Mutalib meninggal dunia dalam perang Uhud,para sahabat yang lain bergumam dan bersyair,: Singa yang garang itu telah pergi Di antara derai air mata nabi Saw Kami yang tinggal akan meneruskan cita-cita suci Menyuarakan kebenaran di muak bumi ini....
No comments:
Post a Comment