Wednesday, February 17, 2010

IKATAN PERKAHWINAN-

TAKRIF PERKAHWINAN DAN HUKUMNYA PADA SYARA'.

Dari segi bahasa,nikah ditakrifkan sebagai "percamtuman"dan "pertembungan". atau sebagai satu gambaran kepada persetubuhan dan a'qad.
Drai segi syarak ia dikenali sebagai a'qad yang mengaharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan,juga membolehkannya melakukan apa sahaja dengan perempuan itu yang berkaitan dengan seks seperti mencium,memeluk atau seumpamanya,dengan syarat perempuan berkenaan bukan mahram kerana keturunan,susuan atau ikatan perkahawinan.

Definisi lain pula menyatakan bhawa nikah ialah satu 'aqad yang ditetapkan oleh syara'bgai membolaehkan seorang lelaki menikmati perhubunan seks dengan seorang perempuan dan sebaliknya.Kesan daripada a'qad tersebut,perempuan yang dikahwini oleh lelaki itu hanaya dihalalkan kepada lelaki berkenaan sahaja.Sebaliknya,lelaki yang dikahwini oleh seorang perempuan adalah halal baginya.juga kepad perempuan yang lain,iaitu perempuan lain juga boleh memiliki lelaki tersebut melalui perantaraan perkahwinan lain yang tidak lebih daripada empat.

Menurut ulamak Hanafi,definisi perkahwinan atau nikah ialah satu a'qad yang bermaksud untuk membolehkan seorang lelaki memiliki nikmat perhubungan seks dengan seorang perempuan.selagi perkahwinannya dengan perempuan berkenaan tidak dihalangi oleh sebarang tegahan syara'.

Perkataan "perempuan" dengan sendirinya memberi erti kata termasuk lelaki dan 'khunsa mushkil' kerana kemungkinannnya menjadi lelaki.'selagi perkahwianan dengan perempuan berkenaan tidak dihalangi oleh sebarang tegahan syara'."Ayat di atas memberikan erti tidak termasuk perempuan yang menyembah berhala.perempuan2 mahram kepada lelaki berkanaan,perempuan daripada jenis jin dan ikan duyung.Manusia diharmkan berkhawin ddengan jin dan ikan duyung atas dasar perbezaan jenis.Ini berdasarkan firman Allah SWT:
"dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan- pasangan (isteri)"
(-surah an0nahl 16:72)
ayat ini menerangkan maksud ayat al-quran yang berbunyi:
".....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan sari perempuan-perempuan...."(surah an-nisa'-4:3)

Perempuan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah perempuan daripada jenis anak adam.Oleh itu,perempuan yang bukan daripada jenis anak adam adalah tidak dibenarkan untuk membuat demikian.Tegahan berkahwin dengan jin- jin perempuan adalahb disebabkan makhluk ini mampu untuk menjelma dalam bentuk jn perempuan.
perkataan "bermaksud"memberi errti tidak termasuk pengharusan hubungan seks antara seorang tuan dengan hamba perempuannya hail daripada a'qad pembelian hamab.

Sesetengah pendapat ulamak Mazhab Hanafi mentakrifkan perkahawinan sebagai "suatu a'qad yang dibuat untuk memberi hak memiliki faedah dan kepentingan daripada kemaluan."

Hakikat perkahwinan pada pandangan ulama' usul fiqh dan juga ahli bahasa arab ialah persetubuhan,dan a'qad perkahwinan hanyalah sebagai kiasan bagi perkahwinan.Ini terbukti dengan apa yang dinyatakan secara umum oleh al-Quran dan assunnah bahaw yang dimaksudkan dengan persetubuhan.Firman Allah SWT:
"dan janganlah kamu bwerkahwin dengan perempuan2 yang telah diperisterikan oleh bapa
kamu...."

Mka berdasarkan ayat di atas diharmkan berkahwin dengan perempuan yang p[ernah berkahwin dengan bapanya.Pengharaman ke atas anak2 untuk berkahwin dengan perempuan yang pernah bersetubuh dengan bapa mereka adalah disabitkan kepada nas al-quran.Pengharaman ke atas anak2 untuk berkahwin dengan perempuan yang pernah melakukan a'qad nikah yang sah denagn bapa mereka pula berasaskan kepada ijma' ulamak .Sekiranya seorang suami melafazkan perkataan berikut kepada isterinya:"sekiranya saya berkahwin dengan anda maka anda tercerai ,",maka perceraian hanya akan berlaku bila berlakunya persetubuhan,kerana syarat yang dibuat iatu 'berkahwin'adlah dimaksudkan sebgai persetubuhan,bukan dengan berlakukan aqad nikah,kerana a'qad niakh telah dilangsungkan lebigh dahulu.

begitulah juga jika seorang lelaki menceraikan seorang perempuan yang belum dikahwininya dengan talaq bai'in,kemudian dia berkahwin dengan perempuan tersebut,maka penceraian talaq bai'in dengan semdirinya berlaku apabila persetubuhan berlaku antara mereka.Walau bagaimanapun,perkataan berkahwin bolehlah dimaksudkan sebagai a'qad (bukan persetubuhan) apabila seorang lelaki menggunakan perkataan tersebut apabila perempuan2 yang bukan isterinay.Ini kerana tidak mugkin bagi seorang lelaki menetuuhi perempuan yang bukan isterinay.

para fuqaha' termasuk tokoh2 mazhab yang empat memberi definisi yang berbeza jika dibandingkan dengan definisi ulama' usul fiqh dan ahli bahasa arab.Mereka mengatakan bahawa hakikat perkahwinan adlah 'aqad nikah itu sendiri,manakal persetubuhan hanyalah kiasan (majaz) bagi perkahwinan.Alasan mereka bahawa 'aqad nikah sebagai hakikat perkahwinan adalah begitu mahsyur sekali donyatakan oleh al-quran dan Hadis.Mengikut al-Zamakhshari,seorang tokoh ulama' mazhab Hanafi,bahawa tidak terdapat dalam al-Quran lafaz nikah yang dimaksudkan dengan persetubuhan,kecuali yang berbunyi:"........sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain....."(surah Baqarah 2:230)
Tafsiaran perkahwinan sebagai persetubuhan pada ayat tersebut adalah berpandukan Hadis Rasulullah saw yag berbunyi:...sengga kamu(perempuan)merasai kemanisan suami kamu(persetubuhan)

Oleh itu,maksud perkahwinan dalam ayat di atas tetaop pada 'aqad nikah,dan persertubuhan yang dituntut bukan daripada ayat itu tetapi daripada hadis yang dijelaskan.

No comments:

Post a Comment