Sunday, May 2, 2010

k e n a l i p e r a s a a n m u ;-)

SENYUM : Senyum tanda mesra,Senyum tanda sayang,Senyumlah sedekah yang paling mudah,Senyum di waktu susah,Tanda ketabahan,Senyuman itu tanda keimananSenyumlah seperti Rasulullah,Senyumnya bersinar dengan cahaya,Senyumlah kita hanya kerana Allah,Itulah senyuman bersedekah.(Senilagu: Farihin Abdul Fatah


Senikata: Zarie & Che Amran)

banyak faedah yang... Lihat seterusnya.. kita boleh dapat dari kafiat senyum ni,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :

Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

*.Al-khataby berkata tentang makna hadis ini:Hadis ini dikompromikan dari sudut adab dan ilmu.Sabda Nabi SAW tentang diri umatnya tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH.Ghibah berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain.Yang memang harus dilakukan baginda adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya.Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik ,maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda,agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya…(lihat di kitab FATHUL-BATI,10/469).


MARAH : Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.


Hawa nafsu dan sifat pemarah itu ... Lihat seterusnya..wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Marah ibarat api. Jika orang marah, anda jangan membalas dengan perkara yang sama. Jika itu yg anda lakukan , anda seolah-olah menyemarakkan lagi api. Akhirnya, jadilah tindakan yang balas membalas yang mungkin berkesudahan perkara yang tidak diingini.

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah

engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah

engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.SEDIH : Semua orang pasti pernah merasa SEDIH, teman Anda, kerabat Anda, orang tua Anda, Anda sendiri, maupun saya sendiri pernah merasakannya.Banyak hal yang dapat memicu kita untuk merasakan kesedihan. Jika ditanya apakah yang menyebabkan seseorang itu bersedih, jawaban setiap orang pasti berbeda-beda mengingat permasalahan hidup yang dihadapi ... Lihat seterusnya..mereka berbeda juga. Kadang kita tahu betul apa yang membuat kita bersedih, namun kadang juga kita tidak mengetahui penyebab kesedihan kita. Salah seorang teman saya sering mengeluh "Terlalu banyak hal yang membuat saya sedih, mungkin hal yang paling membuat saya sedih adalah hidup saya sendiri, rasanya saya tidak ingin hidup lebih lama lagi". Wah rasanya kata-kata seperti sudah seringkali terucap jika kita merasakan kesedihan yang mendalam. Dan jika Anda kebetulan sedang mengalami perasaan yang sama seperti teman saya, saya harap Anda jangan berpikiran untuk mengakhiri hidup Anda sekarang, paling tidak selesaikan terlebih dahulu membaca tulisan saya.


KESEDIHAN adalah suasana hati yang sangat ingin kita jauhi, sebisa mungkin dalam menjalani kehidupan kita mengusir jauh-jauh yang namanya kesedihan, pasti semua orang ingin merasakan perasaan yang sebaliknya bukan? Kebahagiaan tentunya. Namun, jika kita mau memandang suatu kesedihan dari sisi lain, kita akan menemukan sebuah manfaat. Kesedihan juga mengandung energi-energi positif yang dapat menimbulkan kebahagian jika kita dapat mengelolanya dengan benar. Pada umumnya kesedihan menutup minat kita terhadap hiburan dan kesenangan, membuat perhatian kita terpusat pada apa yang telah hilang. Yang pada dasarnya perlakuan seperti itu sebenarnya merupakan penghimpunan energi kita agar kita dapat memulai langkah-langkah baru. Artinya kesedihan memaksa kita untuk berhenti dari kepenatan duniawi dan membuat perhatian kita terfokus terhadap kehilangan tersebut, merenungkan hikmahnya, dan pada akhirnya membuat penyesuaian-penyesuaian psikologis serta menyusun rencana-rencana baru yang akan memungkinkan hidup kita terus berjalan. Berduka itu bermanfaat tetapi depresi yang berkelanjutan adalah sia-sia.

(http://id.shvoong.com)

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :

jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)

setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:

tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.

silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga

sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara

yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk

di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu

perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi

kain orang.

Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah

pembangunan umat.

Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena

mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan

produktiviti yang berkualiti.






No comments:

Post a Comment