Thursday, September 23, 2010

Adab belajar dan mengajar AL-Quran

Setiap muslim perlu erebut redha Allah.Ini sejajar dengan firman-Nya;

"padahal mereka tidak diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya,lagi tetap teguh di atas tauhid "[al-Baiyinah;5]

dalam sahihaani; daripada Umar al-Khattab r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat.Dan sesungguhnya setiap perkara bergantung terhadap  apa  yang diniatkan.

Ibnu 'Abbas pernah berkata; sesungguhnya seseorang mampu menghafal ayat-ayat al-Quran berdasarkan niatnya.

mereka yang arif berkata; ikhlas ,adalah membersihkan  amalan daripada nilaian mata makhluk ,ikhlas juga bermakna amalan seseorang hamba sama sahaja  sama ada di depan atau dibelakang mata manusia.

Jnganlah belajar dan mengajar al-Quran untuk memperolehi keuntungan duniawi semata- mata.Seperti untuk mengejar wang,pangkat populariti,mendapat pujian orang ramai,mendapat tumpuan ramai,atau sebagainya.

firman Allah;"sesiapa yang mengkehendaki (dengan amalan usahanya) mendapat faedah di akhirat,Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya,dan sesiapa yang mengkehendakinya(dengan amalan usahanya)kebaikan didunia semata- mata,Kami berikan kepadanya kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan)dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun diakhirat kelak.[asy-Syura;20]

firmannNya:
"sesiapa yang mengkehendaki (kesenangan hidup)dunia.kami akan segerakan kepadanya dalamm dunia apa yang kami kehendaki,kemudian kami sediakna baginya neraka jahannam (di akhirat kelak),untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.[al-Isra';18]


Janganlah orang yang mahir dengan al-Quran mengaibkan dirinya demi mengejar habuan wang ringgit atau bantuan daripada bacaan tersebut,meskipun sedikit ataupun dalambentuk hadiah.Beliau hendaklah waspada terhadap naluri yang sedemikian,naluri tersebut merupakn bukti nyata bhawa beliau mempunyai niat buruk
dan belajar al-Quran bukan kerana mengejar redha Allah.

Sesungguhnya saya meriwayatkan daripada Musnad ad-Darimi,daripada Ali r.a katanya,wahai penjunjung ilmu,malkan ilmu tersebut,kerana orang alim adalah mereka yang  mengamalkan ilmunya dan amalan mereka bertepatan dengan ilmu.Akan ada satu golongan berilmu,martabat mereka rendah lantaran tindakan mereka bertaentang dengan ilmu yang  mereka miliki.Isi hati mereka berlawanan dengan apa yang zahir.Merak duduk dalm majlis ilmu dengan tujuan untuk berbangga-bangga.Hinggakan seseorang lelaki enggan memandang temannya yang duduk dalam majlis ilmu orang lain,Amalan mereka mengahadiri majlis ilmu ini tidak terangkat ke hadrat Allah taala.[isnad amat dhaif]

Seseorang guru hendaklah berakhlak dengan adab-adab syariat yang mulia dan terpuji,ia perlu memiliki perwatakan yang disenangi,zuhud dan tidak mengejar dunia.bahkan hatinya juga tidak berpaling kepada tipu daya dunia dan penghuninya.Guru hendaklah berakhlak mulia,bermuka manis,penyantun,sabar,jauh dari kerja jijik,sentiasa warak,khusyuk,tenang,serius,tawadhuk,khuduk,kurang ketawa dan gurau senda.Penampilan seorang guru hendaklah kemas dan bersih,kuku sentiasa dipotong,janggut dan misai terurus,badan tidak berbau yang kurang menyenangkan.Dan yang palinh penting jiwanya sentiasa merasakan dirinya diperhatikan Allah,samada di khayalak ramai atau keseorangan.

Monday, May 31, 2010

pasca matlamat xtravaganzaku..!!

salam detik bermujahadah-
mengarang  sebuah cerita yang hanya direka dari bahan bacaan yag berinfo fakta sangat memerlukan masa..erm..mahu tetap mahu,kemahuan menjadi semakin menjadi-jadi...pembacaan semakin ligat dioperandikan.Banyak mata dan telinga yag diperlukan dalam segala hal.Nak2 yang membabitkan isu2 semasa.sangat mencabar..Ya Allah,bermula cuti sem nih (SEM 2-2009-2010) bantulah aku,Mujahidah Hafizah menelusi zaman remajaku dengan aktiviti manfaat demi agamaMu..dengan mata pena ku..kuatkan semangatku..apabila untuk ke sekian kalinya apabila seorang teman mula menyatakan hasratnya  padaku agar  aku mencipta buah tangan hasil kajianku selama ini.Semangat tu tetap ada tambahan pula bila dicabar.Aku semakin ingin menhampiri jejak penulisan itu,kerana semakin banyak yang ku pelajari..semakin ligat pula otak demensi 3 ini berfungsi...kreatif sungguh aneka ragamnya...tetapi mampukah aku merealisasikannya??..ini adalah matlamatku..dan akan ku berusaha menggarapnya walau terpaksa dengan mencakar, merangkak untuk itu..demi Agama kita...ku harap sokongan padu..

Tuesday, May 25, 2010

PANDUAN BERGURAU SENDA+ISLAM

Assalamualaikum ustaz,
Saya nak tanya, apa etika ketawa dalam Islam. ada larangan ke? Dan apa etika bergurau. Macamana Islam mensyaratkan gurau supaya tak lari dari syariat?

Jawapan:

Perkara yang ditanya adalah termasuk dalam perkara fitrah kejadian manusia. Dalam bahasa arab manusia biasa disebut sebagai حيوان ناطق yang bermaksud haiwan yang berkata-kata. Juga masyarakat arab biasa menyebut manusia sebagai حيوان ضاحك yang bermaksud haiwan yang ketawa. Ketawa dan gurauan merupakan fitrah kejadian manusia. Islam agama lengkap tidak akan menghapuskan sesuatu yang bersifat fitrah kejadian seperti keinginan berkahwin bahkan akan membimbingnya bagi memastikan fitrah itu diurus dengan baik. Secara umumnya maksud bergurau sama dengan jenaka yang ditakrifkan sebagai perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggelikan hati orang lain. Seperti yang diketahui membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebaikan dan Rasulullah saw juga berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda.

Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:

1) Janganberdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan ’April Fool’.Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!” (AbuDaud)

2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.

Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.” (Muslim)

3) Berpada dan sederhana.

Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan. Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: ”Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”

4) Jangan sampai menakutkan.

Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya (At-Thabarani)

5) Sesuai dengan masa dan tempat.

Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah swt mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:

“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya (An-Najm:59-61)
Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.

Sekian
WallahuA’lam



Rujukan:

1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.


Disediakan oleh:

Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Monday, May 24, 2010

puisi PENDIDIK...




Mari kita menjadi penafsir
penuhi hasrat tugas hakiki
menjayakan anak didik
membesar untuk cerdik
berkembang cemerlang
walau tertinggal, tawakal
tetap menjadi insan berakal
tidak nakal tetapi terus cekal
depani hidup payah dan sukar

*h a f i z a h*

KEHIDUPAN ALQAMAH

Kisah Al- Qamah




Alhamdulillah, mengenai kisah Shahabat Alqamah dijelaskan oleh Ustadz Abdul Hakim Bin Amir Abdat dalam sebuah buku kecil yang berjudul Kisah Tsa'labah dan Alqamah terbitan Darul Qalam.

KISAH SAKARATUL MAUTNYA ALQAMAH



Hadist:

Dari Abdullah bin Abi Aufa, ia berkata: Kami pernah berada di sisi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu datanglah seseorang, ia berkata, "Ada seorang pemuda yang hamper nazak, lalu dikatakan kepadanya, ucapkanlah Laa ilaaha illallah,akan tetapi ia tidak sanggup mengucapkannya. " Beliau bertanya kepada orang itu," Apakah anak muda itu shalat?" Jawab orang itu,"Ya." Lalu Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam bangkit berdiri dan kami pun berdiri bersama beliau, kemudian beliau masuk menemui anak muda itu, beliau bersabda kepadanya,"Ucapkan Laa ilaaha illallah." Anak muda itu menjawab, "Saya tidak sanggup." Beliau bertanya, "Kenapa?" Dijawab oleh orang lain, "Dia telah durhaka kepada ibunya." Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya, "Apakah ibunya masih hidup?" Mereka menjawab, "Ya". Beliau bersabda, "Panggillah ibunya kemari," Lalu datanglah ibunya, maka belaiu bersabda, "Ini anakmu?" Jawabnya, "Ya." Beliau bersabda lagi kepadanya, "Bagaimana pandanganmu kalau sekiranya dibuat api unggun yang besar lalu dikatakan kepadamu: Jika engkau memberikan syafa'atmu (pertolonganmu -yakni maafmu-) kepadanya niscaya akan kami lepaskan dia, dan jika tidak pasti kami akan membakarnya dengan api, apakah engkau akan memberikan syafa'at kepadanya? "Perempuan itu menjawab," Kalau begitu, aku akan memberikan syafa'at kepadanya. "Beliau bersabda," Maka Jadikanlah Allah sebagai saksinya dan jadikanlah ana sebagai saksinya sesungguhnya engkau telah meredai anakmu." Perempuan itu berkata, "Ya Allah sesungguhnya aku menjadikan Engkau sebagai saksi dan aku menjadikan Rasul-Mu sebagai saksi sesungguhnya aku telah meredai anakku". Kemudia Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada anak muda itu, "Wahai anak muda ucapkanlah Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalahu wa asyhadu anna muhammada 'abduhu wa rasuluhu," Lalu anak muda itupun dapat mengucapkannya. Maka bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dengan sebab aku dari api neraka."



Derajat Hadist SANGAT LEMAH. Telah diriwayatkan oleh Thabrani di kitabnya Al Mu'jam Kabir dan Imam Ahmad meriwayatkan dengan ringkas. Demikian keterangan Al Imam Mundzir di kitabnya At Targhib wat Tarhib juz 3 hal. 331



Imam Ahmad telah meriwayatkan di Musnad-nya juz 4 hal. 382 dari jalan Faa-id bin Abdurrahman dari Abdullah bin Aufa dengan ringkas.



Al Imam Ibnul Jauzi telah meriwayatkan hadist di atas di kitabnya Al Maudlu'aat juz 3 hal.87 dari jalan Faa-id seperti di atas.



Berkata Abdullah bin Ahmad (anaknya Imam Ahmad yang meriwayatkan kitab Musnad bapaknya) setelah meriwayatkan hadist di atas yang ia dapati di kitab bapaknya bahwa bapaknya tidak redha terhadap hadistnya Faa-id bin Abdurrahman atau menurut beliau bahwa Faa-id bin Abdurrahman itu Matrukul hadist.



Berkata Al Imam Ibnuk Jauzi setelah meriwayatkan hadist di atas, "Hadist ini tidak sah datangnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan di dalam sanadnya terdapat Faa- id, telah berkata Ahmad bin Hambal: Faa-id matrukul hadist. Dan telah berkata Yahya (bin Ma'in): Tidak ada apa-apanya. Berkata Ibnu Hibban: Tidak boleh berhujjah dengannya. Berkata Al 'Uqailiy: Tidak ada mutabi'nya (pembantunya) di dalam hadist ini dari rawi yang seperti dia."



Saya berkata (Ustadz Abdul Hakim): Tentang Faa-id bin Abdurrahman seorang rawi yang sangat lemah telah lalu sejumlah keterangan dari para Imam ahlul hadist di hadist kedua (no.2) dari kitab hadist-hadist dla'if dan maudlu. Silalahkan merujuk bagi siapa yang mau. Hadist Alqamah batil bila ditinjau dari matannya. Karena tidak ada seorang pun Shahabat yang datang dari hadist-hadist yang sah yang durhaka kepada orang tuanya istimewa kepada ibunya. Bahkan ada sebaliknya, bahwa mereka adalah orang-orang yang sangat berbuat kebaikan (birrul walidain) kepada orang tua mereka apalagi kepada ibu mereka

tEGaS DeNgaN pRinSiP

Seorang Islam yang tegas dengan prinsip ialah orang yang
kuat berpegang dengan agamanya dan sentiasa mengamalkan
ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya.
Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangannya
dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak
kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi
dan kondisi yang bagaimana pun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak
dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan
oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas
dirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya
melawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau dia
dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan
dirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasa
dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak boleh
melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di
dalam keadaan darurat.



ORANG ISLAM YANG TEGAS DAN TEGUH DENGAN PRINSIP

Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang
kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut
kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana
Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan
dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sebati dan menjadi
tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga
menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan
Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal
dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang
menentang dan menghina agamanya.

Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban
untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan
sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugutugut
atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya
dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat
diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.


SEBAB TEGAS DENGAN PRINSIP/BERPRINSIP

Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak ramai sekalipun
di kalangan para pejuang dan pendakwah-pendakwah atau da’ida’i.
Oleh kerana itulah Islam amat susah diterima oleh orang
ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka
sangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang
dengan prinsip atau dikatakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan
baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang
kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang
baik pula.

2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati
bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.

3. Seseorang itu ada cita-cita. Islam bukan setakat untuk dirinya
tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di
alam sejagat ini.

4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam,
kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya
kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.

5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah
Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang
baik yang boleh menyampaikan Islam secara baik dan
pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peribadinya.

6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga
dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar
dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan memperjuangkannya.



ORANG YANG TIDAK TEGAS ATAU TIDAK TEGUH DENGAN PRINSIP

Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip atau
pegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip. Dia
mengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat,
kadang-kadang tidak. Bertukar sahaja suasana dia pun bertukar
sikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalau
bergaul sahaja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut serta
lalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalan
biasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya.
Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam di
sesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orang
besar, dia diam sahaja. Sudah tidak berani lagi memberi pandangan.

Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalam
majlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar sahaja apa
yang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun tertinggal.
Susah hati sedikit, hukum-hakam pun terlanggar. Sakit
sahaja sedikit, syariat pun cuai.



SEBAB ORANG ISLAM TIDAK TEGAS DENGAN PRINSIP

Antara sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsip
adalah seperti berikut:

1. Kerana sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil,
bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untuk
memperkatakan dan memperjuangkannya.

2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh dengan
prinsip ialah dikeranakan oleh kelemahan iman atau jiwa
lemah. Lemah iman kerana cinta dunia. Cita-cita Islam
sudah tidak ada.

3. Kerana mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikutikutan,
bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran beragama.

4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik oleh
suasana, bukan kerana didikan oleh satu pengajian dan
ikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukar
prinsip hidupnya.

5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise,
bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkin
tujuan makan gaji dan sebagainya. Orang itu akan hanyut
mengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmu
Islam.

6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar dan
paksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmah
serta dapat mengikut suri teladan yang baik. Apabila bebas
daripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkan
atau membuat secara cuai.

7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkan
macam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yang
menipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya daripada
tegas kepada cuai mengamalkan atau lalai mengamalkannya.

8. Mungkin seseorang itu lemah kerana dia keseorangan.
Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya menjadi
kurang atau luntur. Maka di dalam suasana yang tertentu,
tidak berani lagi dia memperkatakan kebenaran itu
dengan tegas.

9. Boleh jadi juga seseorang itu kerana ujian yang teruk, dia
tidak tahan lalu kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhirnya
dia longgar atau rasa serik mengamalkan prinsip hidupnya.



ISLAM MENYURUH TEGAS, BUKAN KERAS

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya,
tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya
atau memperkatakannya dan gigih memperjuangkannya di
mana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidak
menyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas. Islam adalah
agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi
disuruh tegas.

Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pendakwah-
pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan
atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya.
Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain.
Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan
hukum-hakamnya. Tegas kalau untuk orang lain tapi
untuk diri sendiri longgar dan cuai.
Di dalam menyampaikan Islam, dia mengata, mengumpat
dan menuduh kepada golongan-golongan yang tertentu. Adakalanya
hingga sampai maki-hamun, mengutuk dan menempelak
orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya
rosak, maruahnya tidak dijaga. Mereka menyangka cara
itulah yang dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras. Tegas
ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak
Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang,
tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua,
terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memperjuangkan
itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai
akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih
dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan
hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta keluarga.
Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat
menghormati hukum-hakam. Begitulah orang yang tegas
dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras
memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai
jadi benci dengan Islam. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka
takut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para da’i
serta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka.
Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahan
tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

Sunday, May 23, 2010

it's me. ;-) h a f i z a h . . .




a k u . . .


s u k a
aL- qUrAn,

s u k a
sErbAn,

s u k a
jUbAh,

s u k a
hIjAb,

s u k a
niQqAb,

s u k a
bUKu,

s u k a
bAcA,

s u k a
tULis,

s u k a
LuKis,

s u k a
nAsYid,

s u k a
diAM,

s u k a
sUkA,

s u k a
hAti,

s u k a
-i LoVE iSLaM-

s u k a
-iKiM.fm-

s u k a
pErhAti,

s u k a
hAyAti,

dAN..AkU koNkLuSikAN ia...............;-)
dALaM
KeHidUPaNkU
SebAgAi
dALiL nYatA AkU
mEMiLikInyA

H A F I Z A H @ A M Y

MUJAHIDAH.TERUSKAN MUJAHADAHMU...






Wahai mujahidah,

Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar

Hatiku pun ikut tercabar

Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu



Kental semangatmu tidak disangsi

Tidak mengenal apa erti putus asa

Setiap kekurangan cuba kau perbaiki

Setiap kelemahan cuba kau atasi

Setiap kesilapan cuba kau hadapi



Aku bangga melihatmu

Seorang mujahidah yang berjuang

Demi untuk menolong Tuhanmu

Dan menjunjung sunnah nabimu



Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi

Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri

Usahkan mundur

Setapak pun tak mungkin berundur

Sucinya hatimu wahai mujahidah



Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu

Ikhlas kau salurkan untuk-Nya

Keyakinanmu untuk mengembalikan

Islam kembali Pasti menjadi realiti

Hakikat itu pasti terjadi



Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian

Untuk menatap saat-saat kegemilangan

Namun itu bukan penghalang bagimu

Perananmu sudah kau laksanakan

Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya

Berusahalah dan teruslah berusaha

Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya



Usah disesali harta yang telah kau infakkan

Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan

Keyakinan terhadap janji Tuhanmu

Penawar bagi segala kedukaanmu



Syurgalah tempatmu

Istanamu teguh berdiri di sana

Para anbiya dan sahabat teman bicaramu

Pakaian indah pembalut tubuhmu

Makanlah dan minumlah semahumu

Semua untukmu Hanya untukmu

Yakinlah wahai mujahidah tercinta

CARA DAKWAH

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :


1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.
(C) Ilmu Psikologi.
(d) Ilmu Geografi.
(e) Ilmu Akhlak
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.




















Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :


1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.


9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.
12. Bersifat wakar dan tenang.
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah. BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH


Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.



Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak sertakemuliaannya.











Sumber artikel : JAIS






Sunday, May 16, 2010

RINTIK TITIS TAHAJUD

Titis embun


Mungkin belum jantannya

Dalam rintik

Gebar tak lindung jiwa



Dalam rintik titis

Akal siap bertujuh

Akal gaharu chendana

Sebelum petang

Walau dingin

Masih titis itu rintik

Denai telinga dengar-dengar



Mereka singkat malam

Gebar tak lindung

Rintik titis bersulam

Dingin belum berhujung



Sulamkan teja inspirasi

Lunaknya syair Zubaidah

Harum syairnya Hamzah

Pentas jiwa laritkan senyum

Lantas kenapa belum



Dengar itu rintik-rintik

Titis-titis rintih

Alun Hamzah alun Zubaidah

Lautnya tiada bergetah

Segar indah bunga tiada lebah



Mereka sentak tiap detik

Lihat luka tiada parut

Dingin sifatnya Zamrud

Bersimpuh tubuh dalam rintik

Moga lerai silap lagikan larut

Dalam dingin titis Tahajud



-YUSRAN HASHIM-

Saturday, May 15, 2010

JIWA KOMITMEN

kau tunjukkan sikap komitmen
dan kau mengarah dalam lidah simen

hampir manusia dekat denganmu
bukan mudak untuk mereka faham
tika kau di kerusi itu
tak siapa mampu mengubahmu
walau sogok sibuk mengupah
kau tetapjitu bak bah
kau dalami ia
agar kau rasainya
hampir kau tertipu
pada musang yang satu itu
tapi kau gunakan ilmu
alhamdulillah kau tepis lalu begitu
membuat manusia kagum dek jiwamu
tetap padu walu jasad tak dapat berpadu
dalam waktu getir itu...

JIWA SEJARAH

lihat sana musuh mewah,


gembira girang tak sudah,

hanya kita yang tinggal bersusah,

berpayah,

selagi kita masih kurang pada telaah,...

isu kelmarin tercatat di dada sejarah..



hidup gundah,

sakit lelah,

mata kelam menyampah,

hanya lidah mampu menyumpah,

namun jiwa tak mahu berubah,... Lihat seterusnya..

walau di pasak bah,

masih tak sudah- sudah....

NIKMAT MAUJUD-Tok Pulau Manis

"kitab inilah yang patut mengajinya
dan umpama emas sudah diujinya
dan umpama pula makanan dihidangkan
dan umpama yang lain itu tudung sajinya
dan umpama pula buah - buahan
isinya dan minyak dalam bijinya
kerana ialah yang menyamai kepada Tuhan
lagi besar pahala dan kejian"

"LAGU BERTABIK"

"Bismillah hamba
kelam belum direncong
dakwat belum hancur
loh mahfuz belum tersurat
awal belum terletak
akhir belum jadi
bumi belum terhampar
langit belum terlebar
laut belum berlabuh
di dalam gelap gelemat
di dalam  kelam kabut
jin pun belum jadi
dewa pun belum jadi
Dahulu Allah kemudian Rasul
Dahulu rasul kemudian nabi
Dahulu nabi kemudian Adam
Dahulu Adam kemudian wali..."

"PADAMU JUA"- A.SAMAD SAID

padaMu jua
Hanis kikis
segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dulu.

Engkau ccmburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar atangkap dengan lepas.

Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayu
Hanya kata merungkai hati.

nanar aku,gila kasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik dingin
Serupa dara di balik tirai.



disalin:-Elmy hafizah@ mujahidah Hafizah

LAMBANG TRADISI

Dari dulu sudah ku tahu,
kita akan berpisahan jua,
tidak ada tahan waktu,
semuanya akan berpisahan jua.

Dari dulu sudah ku tahu,
aku cinta padamu saja,
selalu cinta dalam kalbuku,
tidak hilang dari jiwa.

Thursday, May 13, 2010

.::Kau Yang Satu::.

Tertutup pintu hati  ini,
minda tak berfungsi,
di ketika itu,
tak tahu menilai,
man yang tulen,
 mana yang palsu,
Di akhir2 ini,
Ketika aku
dalam kesepian
terasa kejahilan itu,
Bagiku satu kerugian,
Andainy adi situ,
ada ruang
bolehkah kiranya
Aku  menumpang
Andai ada sisa kemaafan,
maafkanlah diri ini,
yang dulu aku kesempatan,
kebuktian erti keikhlasan,
menepis ego aku
untuk kita...
Demi satu masa,
kupohon darimu,
ketulusan hati,
menjalin kembali,
perhubungan suci ini..

Kenangan Penuh Dosa Kelmarin
























Bara semalam telah ku usahakan memadamkannya,
Walau masih kelihatan cebisab itu,
Namun abu tetap kelihatan
dan hanya menunggu sabg angin membawanya pergi,
menjauh...
Menghilangkan diri,
Membawa diri,
Demi aku yang mencintainya,
Telahku  bertekad,
Demi aku yang mencintainya...
Takkan ku ulangi dosal kelmarin,
Yang menghantui hidup ini.

"MENIKMATI CINTA HALALMU"



akulah mujahidah {....h a f i z a h.....}




.......>>"jika Allah menCINTAi seorang hamba,maka Allah akan  memasukkan keCINTAan dalam hati para malaikat.Jika Allah memBENCI terhadap seseorang hamba,maka Allah memasukkan keBENCIan itu ke dalam hati para malaikat,kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia"<<............

Wanita Ibarat Bunga
























wanita ibarat bunga..
cantik indahnya pada pandangan mata
hanya sementara,
yang kekal menjadi pujian manusia..
hanya wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri,
tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dengan ilmu..
ibarat bunga....
ada yang cantik bila dipandang
tetapi busuk baunya...
ada pula yang kurang menarik dan baunya jua menyenangkan,
ada juga yang tidak menarik
pada pandangan mata kasar...
tetapi apabila dihalusi  dengan mata hati
nyata amat tinggi nilaiannya...

MANA LEBIH MUDAH?? AKHIRAT @ DUNIA?....

Tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini paling lama manusia boleh hidup mengikut rekod dunia ialah 150 tahun. Selepas itu semua orang percayakan mati. Selepas mati pergi ke Akhirat. Ramai orang yang percaya, sedikit sangat yang tidak percaya. Khususnya umat Islam, mereka memang percaya yang Akhirat itu wujud, tempat tinggal manusia yang kekal abadi. Di sana ada kesenangan dan ada kesusahan seperti di dunia juga. Cuma kesenangan dan kesusahan di antara dunia dengan Akhirat tidak sama. Kalau kita hendak membuat bandingan walaupun tidak tepat, untuk mudah faham, kalau kesenangan itu macam kita duduk berumah di atas pokok dengan di dalam istana, kalau azabnya pula seperti gigitan semut dengan dimakan oleh singa yang garang. Sempadan di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kubur atau alam Barzakh. Di sana ditahan sementara waktu. Di sana juga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga. Bandingannya seperti border di antara negara dengan negara. Di border, adakalanya mendapat kesenangan dan adakalanya mendapat kesusahan. Begitulah keadaan di sempadan antara dunia dengan Akhirat, iaitu alam kubur atau alam Barzakh. Walaupun umat Islam percaya negara Akhirat serta percaya alam Barzakh adalah sempadan di antara dunia dan Akhirat dan juga percaya bahawa nikmat dan azab di sana jauh bezanya dengan nikmat dan azab di dunia, namun manusia selalu melupakan Akhirat. Sekiranya Allah Taala rasakan sekarang ini perbandingan itu, nescaya manusia akan menolak dunia ini secara total dan manusia akan menumpukan seratus peratus untuk tujuan Akhirat. Namun demikian, oleh kerana manusia itu hidup di dunia lebih dahulu iaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini, mereka berhadapan dan merasa nikmat dan azabnya lebih dahulu. Manusia terpesona dengan kehidupan di sini. Mereka terlalai, mereka terleka, terlupa kehidupan di sana iaitu negara Akhirat. Oleh yang demikian mereka bersungguh-sungguhlah mengejar nikmat dunia dan mengelakkan azab di dunia ini. Diperahlah otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan tidak jemu-jemu walau susah tapi boleh dihadapi kesusahan itu. Walau menderita dari berbagai-bagai cabaran yang dihadapi tapi manusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya ingin mengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan, susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yang datang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai. Namun manusia tidak jemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidak putus asa, mereka gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia. Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada langsung atau tenaga yang sedikit-sedikit tinggal baki itulah untuk Akhirat. Itu pun mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban, terasa terhina, terasa malu membuatnya. Padahal di dalam pengalaman kita, hendak mengejar Akhirat yang lebih penting dengan dunia yang tidak penting, Akhirat yang istimewa dengan dunia yang murah ini, jauh sangat beza amalan Akhirat. Walau penting, Allah Taala mudahkan. Itulah di antara rahmat-Nya agar manusia cenderung ke sana. Manakala dunia yang murah, amalannya lebih susah dan payah supaya manusia mengambil enteng dan kecil saja dunia ini. Patutnya demikian. Tapi pada manusia rupanya tidak begitu, manusia lebih terasa susah membuat kerja-kerja Akhirat walaupun senang dibandingkan dengan kerja-kerja dunia yang susah itu. Tapi pada manusia dirasakan ringan dan mudah sahaja. Itu membuktikan tarikan dunia lebih mempengaruhi umat Islam walaupun kerja-kerjanya susah dan berat berbanding dengan tarikan Akhirat yang istimewa dan agung itu walaupun kerja-kerjanya mudah dan ringan. Mari kita datangkan beberapa contoh-contoh menunjukkan kerja-kerja dunia itu susah dan payah, tapi ringan pada manusia membuatnya kerana tarikannya kuat. Manakala kerja-kerja Akhirat itu mudah dan ringan tapi umat Islam merasakan susah dan payah melaksanakannya kerana tarikannya dingin. Saya sebutkan beberapa perkara sebagai perbandingan seperti di bawah ini. 1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar 20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah. Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh sekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan jam kerana mencari duit. 2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon berjam- jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah lagi walkathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Menolong kawan amat terasa berat. 3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik Gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak panjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah. 4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan membuang- buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami. 5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi. 6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam- jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang nampak malu pula. Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada ‘pacaran’. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan pacaran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat dengan pacaran walaupun susah dan payah. 7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau tidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak menderma kepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit. Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat hendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgit kerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pula oleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapan dengan risikonya. 8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit. Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun orang sanggup menonton filem atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran. 9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga, daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Orang lebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hingga kucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang. 10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kena tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan kerana memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan atau dunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Sedangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidak sanggup melakukannya. Setelah kita menghurai dan membuat perbandingan di antara kerja-kerja Akhirat dengan kerja-kerja dunia, kerja-kerja dunia lebih-lebih lagi yang bersifat mungkar dan maksiat lebih susah dan lebih berat risiko yang diterima daripada kerja-kerja halal dan kerja-kerja Akhirat. Namun demikian orang tidak sanggup membuat kerja-kerja Akhirat walaupun mudah dibandingkan membuat kerja-kerja dunia walaupun susah dan payah. Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderung dengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dan sementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimewa dan kekal abadi. Begitulah orang yang sudah cinta dan jatuh hati dengan dunia, lupa Akhirat, sanggup susah payah dengan dunia, sanggup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya. Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang membuatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidak cinta. Setelah kita mengkaji bahawa kerja-kerja dunia lebih susah dan merbahaya, lebih teruk dan risikonya tinggi dari kerja Akhirat, apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Tidak ada hujah dan alasan yang sebenarnya. Maka ramailah manusia yang masuk Neraka dari masuk ke Syurga.

.::Akal Manusia;:.

Akal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehingga tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejaki dan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali, tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak dipijak manusia. Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat, berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi. Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawah bumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habis semuanya dijelajahi. Padang pasir, gurun, di perut bumi, sungai kecil dan besar, otaknya selongkari hingga terdedah dan terbongkar semuanya. Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara, Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka dan jelajahi hutan belantara. Berbagai-bagai kehidupan dapat diketahui di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruh khazanah dunia ini otak mereka kumpulkan. Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia berada di hadapannya melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidak dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan dan mengetahui rahsia-rahsianya. Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruh dunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawa mengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertambah rata lagi. Mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat, dapat mengesan lebih dalam lagi rahsia dunia ini, lebih banyak lagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya. Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahui rahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olah otak manusia macam burung, boleh terbang di seluruh dunia. Atau dunia ini macam sebesar dulang, seluruh apa yang ada di dalam dulang dapat dilihatnya. Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olah bebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas dunia kehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa. Namun begitu, walaupun kemampuan otak manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tapi apabila jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah iman kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup terseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit, gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa, tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia juga ikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke manamana. Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu dan maklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu. Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana ia sering berlaku di dalam kehidupan ini. Contohnya, apabila datang ujian atau bala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrapsi, dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dimasukkan ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah, jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman itu seolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya. Terasa sakit. Bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpit seolah-olah masuk ke bumi. Fikiran yang selama ini begitu bebas, merdeka, mempunyai maklumat yang luas, telah terbang dan hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu. Keadaan berfikir pun tidak menentu. Perasaan jadi tidak normal dan melulu, sesetengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah. Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan jiwa lemah dan tidak merdeka, akhirnya akal juga turut lemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanya berubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubah akhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah hanyalah nama dan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah berubah semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan menghairankan, tercengang-cengang orang dibuatnya. Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atau sudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atau ditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yang sempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondol sini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala. Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanya menguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada itu hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji, jiwa tidak sempit. Jiwa tidak menderita. Segala keyakinan dan pegangan beragama tidak hilang atau tidak berubah. Fikiran tetap dengan kemerdekaannya kerana jiwa stabil dan normal, tidak terjejas oleh ujian. Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsu yang memang tidak suka jiwa kita bebas dan merdeka. Jangan biarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnya kita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi dunia ini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniah yang lebih tinggi lagi atau alam ukhrawiah agar dia bebas sebebas- bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa dia hidup sempit dan terhimpit. Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah dan bawa ke mana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka.” (Ali Imran: 191) Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan menggugat. Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya. Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwa kita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdeka dan kuat serta pegangan kita tidak akan berubah

Tuesday, May 11, 2010

salam kerinduan

nilaian kaasih   sayng telah terpaling dalam diri ini,
aku rindu akan kasih sayang  yang pernah kau curahkan untukku,
aku amat mengharapkan kau kembali dalam hidup ini,
mernyinari noktah hitam yang semakin kelamnm di akhir zaman,
wahai dikau kembalilah kepadaku..
aku bukan terlalu menyayangimu tetapi sedarilah kau hanya sahabatku
takkan mugkin ku luipakan dirimu itu,
kerana kau telah ternobat sebagai sahabat dalam jiwaku,
atau mungkin yang lebih bistimewa..
manakan tahu otu..
Allah yang menetapkan hati dan perasaan dalam diri setiap anak adam
agar kita sama  menggunakan dengan sebaiknya..
aku benar2 menfgghargau perasaan yang jernih ini.
biarkan apa yang kurasai ini takkan hilang di  bawa angin bayu
 ke tengah senja di lauatan karam
akau sangat menghargai perasaan ini...
Ya Tuhanku berikan aku secebis perasaan agar tidak aku membenci selain dari musuhMu yang nyata...
Ya Rabul Izzati kau pamerkan kecerian dalam diri ini jangan Kau hilangkan dari diri ini..Kau Yang Maha Mengetahui..segalanya....aku pasrahkan kepadamu dengan kalimah suci..
lahaulawalaquwataillabillahila'liyulla'zim....

Sunday, May 9, 2010

mengemis kasih



Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati,
kepada manusia yang alpa jua buta,
lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
luka hati yang berdarh kini jadi kian parah.


Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
kisah seribu duka,
ku harap sudah berlalu,
tak ingin lagi aku ulangi kembali,
gerak dosa yang menghiris hati.


Tuhan,
dosaku menggunung tinggi,
tapi rahmatMu melangit luas,
harga selautan syukurku,
hanya setitis nikmatMu di bumi.


Wednesday, May 5, 2010

KENANGAN SEM 2


kenangan ini....

ANA & KAK UNA- SEM 2


kenangan bersama  rakan2 semasa semester 2..
Ijazah Sarjana Muda Syariah
(Ekonomi dan Perbankan Islam)

September 2009-Mei 2010




kAwaN