Wednesday, January 13, 2010

hasrizalabduljamil@gmail.com

http://www.google.com/calendar/embed?showTitle=0&showPrint=0&showTabs=0&showCalendars=0&showTz=0&mode=AGENDA&height=600&wkst=1&bgcolor=%23FFFFFF&src=hasrizalabduljamil%40gmail.com&color=%230D7813&ctz=Asia%2FKuala_Lumpur: "Saifulislam.ComErti Hidup Pada MemberiRSS Feeds Follow me on Twitter! Home Artikel Audio Beli Buku Hubungi Iklan MODUL STC Biodata « Memberi Menambah Kelebihan DiriBekalan Titik Mula »Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku

“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.
Wajahnya berubah sedikit.
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)ANTARA MA’RUF DAN MUNKAR
“Ma’ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf?” tanya beliau.
“Ya. Ma’ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah"

No comments:

Post a Comment