Nabi saw bersabda yang bermaksud:-
"Sesiapa yang apabila dia berada di hamparan tidurnya beristighfar sebanyak 3 kali,dia memohon ampun kepada Allah,Allah swt akan mengampunkan dosanya"
Daripada Abu Hurairah r.a beliau menceritakan bbahawa suatu hari Rasulullah saw datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam,apabila Nabi datang,Baginda bertanya kepadaku,'Wahai sahabatku Abu Hurairah mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?'Aku menjawab,"Apakah dia Ya Rasulullah?"
jawab Baginda "سبحان الله والحمدلله اله الاّ الله والله الكبر" adalah lebih baik lagi daripada tanaman ini.Apabila kamu ucapkan Dia menanamkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.
Draipada al-arif al-Kinani r.a menceritakan bahawasanya dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw lalu diajarkan kepadanya kalimah zikir agar hati dan benaknya tidak mati iaitu يا حي يا قوم ولا الا انت (wahai Tuhan yang hidup,wahai Tuhan yang Maha Berdiri,sendiri tiadalah Tuhan selain Engkau)sebanyak 2 kali.
حسبي الله لا اله الاّ هو عليه توكلت وهو ربّ العرش العظيم....
Nabi juga telah bersabda yang bermaksud :"Barang siapa yang membaca setiap hari pada waktu pagi & petang sebanyak tujuh kali,maka Allah akan memadamkannya terhadap apa jua yang mendukacitakannya & menyusahkannya dalam segala urusan dunia & akhirat"
No comments:
Post a Comment