Saturday, May 15, 2010

JIWA KOMITMEN

kau tunjukkan sikap komitmen
dan kau mengarah dalam lidah simen

hampir manusia dekat denganmu
bukan mudak untuk mereka faham
tika kau di kerusi itu
tak siapa mampu mengubahmu
walau sogok sibuk mengupah
kau tetapjitu bak bah
kau dalami ia
agar kau rasainya
hampir kau tertipu
pada musang yang satu itu
tapi kau gunakan ilmu
alhamdulillah kau tepis lalu begitu
membuat manusia kagum dek jiwamu
tetap padu walu jasad tak dapat berpadu
dalam waktu getir itu...

JIWA SEJARAH

lihat sana musuh mewah,


gembira girang tak sudah,

hanya kita yang tinggal bersusah,

berpayah,

selagi kita masih kurang pada telaah,...

isu kelmarin tercatat di dada sejarah..



hidup gundah,

sakit lelah,

mata kelam menyampah,

hanya lidah mampu menyumpah,

namun jiwa tak mahu berubah,... Lihat seterusnya..

walau di pasak bah,

masih tak sudah- sudah....

NIKMAT MAUJUD-Tok Pulau Manis

"kitab inilah yang patut mengajinya
dan umpama emas sudah diujinya
dan umpama pula makanan dihidangkan
dan umpama yang lain itu tudung sajinya
dan umpama pula buah - buahan
isinya dan minyak dalam bijinya
kerana ialah yang menyamai kepada Tuhan
lagi besar pahala dan kejian"

"LAGU BERTABIK"

"Bismillah hamba
kelam belum direncong
dakwat belum hancur
loh mahfuz belum tersurat
awal belum terletak
akhir belum jadi
bumi belum terhampar
langit belum terlebar
laut belum berlabuh
di dalam gelap gelemat
di dalam  kelam kabut
jin pun belum jadi
dewa pun belum jadi
Dahulu Allah kemudian Rasul
Dahulu rasul kemudian nabi
Dahulu nabi kemudian Adam
Dahulu Adam kemudian wali..."

"PADAMU JUA"- A.SAMAD SAID

padaMu jua
Hanis kikis
segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dulu.

Engkau ccmburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar atangkap dengan lepas.

Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayu
Hanya kata merungkai hati.

nanar aku,gila kasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik dingin
Serupa dara di balik tirai.



disalin:-Elmy hafizah@ mujahidah Hafizah

LAMBANG TRADISI

Dari dulu sudah ku tahu,
kita akan berpisahan jua,
tidak ada tahan waktu,
semuanya akan berpisahan jua.

Dari dulu sudah ku tahu,
aku cinta padamu saja,
selalu cinta dalam kalbuku,
tidak hilang dari jiwa.

Thursday, May 13, 2010

.::Kau Yang Satu::.

Tertutup pintu hati  ini,
minda tak berfungsi,
di ketika itu,
tak tahu menilai,
man yang tulen,
 mana yang palsu,
Di akhir2 ini,
Ketika aku
dalam kesepian
terasa kejahilan itu,
Bagiku satu kerugian,
Andainy adi situ,
ada ruang
bolehkah kiranya
Aku  menumpang
Andai ada sisa kemaafan,
maafkanlah diri ini,
yang dulu aku kesempatan,
kebuktian erti keikhlasan,
menepis ego aku
untuk kita...
Demi satu masa,
kupohon darimu,
ketulusan hati,
menjalin kembali,
perhubungan suci ini..

Kenangan Penuh Dosa Kelmarin
























Bara semalam telah ku usahakan memadamkannya,
Walau masih kelihatan cebisab itu,
Namun abu tetap kelihatan
dan hanya menunggu sabg angin membawanya pergi,
menjauh...
Menghilangkan diri,
Membawa diri,
Demi aku yang mencintainya,
Telahku  bertekad,
Demi aku yang mencintainya...
Takkan ku ulangi dosal kelmarin,
Yang menghantui hidup ini.

"MENIKMATI CINTA HALALMU"



akulah mujahidah {....h a f i z a h.....}




.......>>"jika Allah menCINTAi seorang hamba,maka Allah akan  memasukkan keCINTAan dalam hati para malaikat.Jika Allah memBENCI terhadap seseorang hamba,maka Allah memasukkan keBENCIan itu ke dalam hati para malaikat,kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia"<<............

Wanita Ibarat Bunga
























wanita ibarat bunga..
cantik indahnya pada pandangan mata
hanya sementara,
yang kekal menjadi pujian manusia..
hanya wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri,
tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dengan ilmu..
ibarat bunga....
ada yang cantik bila dipandang
tetapi busuk baunya...
ada pula yang kurang menarik dan baunya jua menyenangkan,
ada juga yang tidak menarik
pada pandangan mata kasar...
tetapi apabila dihalusi  dengan mata hati
nyata amat tinggi nilaiannya...

MANA LEBIH MUDAH?? AKHIRAT @ DUNIA?....

Tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini paling lama manusia boleh hidup mengikut rekod dunia ialah 150 tahun. Selepas itu semua orang percayakan mati. Selepas mati pergi ke Akhirat. Ramai orang yang percaya, sedikit sangat yang tidak percaya. Khususnya umat Islam, mereka memang percaya yang Akhirat itu wujud, tempat tinggal manusia yang kekal abadi. Di sana ada kesenangan dan ada kesusahan seperti di dunia juga. Cuma kesenangan dan kesusahan di antara dunia dengan Akhirat tidak sama. Kalau kita hendak membuat bandingan walaupun tidak tepat, untuk mudah faham, kalau kesenangan itu macam kita duduk berumah di atas pokok dengan di dalam istana, kalau azabnya pula seperti gigitan semut dengan dimakan oleh singa yang garang. Sempadan di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kubur atau alam Barzakh. Di sana ditahan sementara waktu. Di sana juga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga. Bandingannya seperti border di antara negara dengan negara. Di border, adakalanya mendapat kesenangan dan adakalanya mendapat kesusahan. Begitulah keadaan di sempadan antara dunia dengan Akhirat, iaitu alam kubur atau alam Barzakh. Walaupun umat Islam percaya negara Akhirat serta percaya alam Barzakh adalah sempadan di antara dunia dan Akhirat dan juga percaya bahawa nikmat dan azab di sana jauh bezanya dengan nikmat dan azab di dunia, namun manusia selalu melupakan Akhirat. Sekiranya Allah Taala rasakan sekarang ini perbandingan itu, nescaya manusia akan menolak dunia ini secara total dan manusia akan menumpukan seratus peratus untuk tujuan Akhirat. Namun demikian, oleh kerana manusia itu hidup di dunia lebih dahulu iaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini, mereka berhadapan dan merasa nikmat dan azabnya lebih dahulu. Manusia terpesona dengan kehidupan di sini. Mereka terlalai, mereka terleka, terlupa kehidupan di sana iaitu negara Akhirat. Oleh yang demikian mereka bersungguh-sungguhlah mengejar nikmat dunia dan mengelakkan azab di dunia ini. Diperahlah otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan tidak jemu-jemu walau susah tapi boleh dihadapi kesusahan itu. Walau menderita dari berbagai-bagai cabaran yang dihadapi tapi manusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya ingin mengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan, susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yang datang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai. Namun manusia tidak jemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidak putus asa, mereka gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia. Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada langsung atau tenaga yang sedikit-sedikit tinggal baki itulah untuk Akhirat. Itu pun mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban, terasa terhina, terasa malu membuatnya. Padahal di dalam pengalaman kita, hendak mengejar Akhirat yang lebih penting dengan dunia yang tidak penting, Akhirat yang istimewa dengan dunia yang murah ini, jauh sangat beza amalan Akhirat. Walau penting, Allah Taala mudahkan. Itulah di antara rahmat-Nya agar manusia cenderung ke sana. Manakala dunia yang murah, amalannya lebih susah dan payah supaya manusia mengambil enteng dan kecil saja dunia ini. Patutnya demikian. Tapi pada manusia rupanya tidak begitu, manusia lebih terasa susah membuat kerja-kerja Akhirat walaupun senang dibandingkan dengan kerja-kerja dunia yang susah itu. Tapi pada manusia dirasakan ringan dan mudah sahaja. Itu membuktikan tarikan dunia lebih mempengaruhi umat Islam walaupun kerja-kerjanya susah dan berat berbanding dengan tarikan Akhirat yang istimewa dan agung itu walaupun kerja-kerjanya mudah dan ringan. Mari kita datangkan beberapa contoh-contoh menunjukkan kerja-kerja dunia itu susah dan payah, tapi ringan pada manusia membuatnya kerana tarikannya kuat. Manakala kerja-kerja Akhirat itu mudah dan ringan tapi umat Islam merasakan susah dan payah melaksanakannya kerana tarikannya dingin. Saya sebutkan beberapa perkara sebagai perbandingan seperti di bawah ini. 1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar 20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah. Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh sekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan jam kerana mencari duit. 2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon berjam- jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah lagi walkathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Menolong kawan amat terasa berat. 3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik Gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak panjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah. 4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan membuang- buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami. 5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi. 6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam- jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang nampak malu pula. Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada ‘pacaran’. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan pacaran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat dengan pacaran walaupun susah dan payah. 7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau tidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak menderma kepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit. Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat hendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgit kerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pula oleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapan dengan risikonya. 8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit. Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun orang sanggup menonton filem atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran. 9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga, daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Orang lebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hingga kucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang. 10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kena tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan kerana memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan atau dunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Sedangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidak sanggup melakukannya. Setelah kita menghurai dan membuat perbandingan di antara kerja-kerja Akhirat dengan kerja-kerja dunia, kerja-kerja dunia lebih-lebih lagi yang bersifat mungkar dan maksiat lebih susah dan lebih berat risiko yang diterima daripada kerja-kerja halal dan kerja-kerja Akhirat. Namun demikian orang tidak sanggup membuat kerja-kerja Akhirat walaupun mudah dibandingkan membuat kerja-kerja dunia walaupun susah dan payah. Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderung dengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dan sementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimewa dan kekal abadi. Begitulah orang yang sudah cinta dan jatuh hati dengan dunia, lupa Akhirat, sanggup susah payah dengan dunia, sanggup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya. Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang membuatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidak cinta. Setelah kita mengkaji bahawa kerja-kerja dunia lebih susah dan merbahaya, lebih teruk dan risikonya tinggi dari kerja Akhirat, apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Tidak ada hujah dan alasan yang sebenarnya. Maka ramailah manusia yang masuk Neraka dari masuk ke Syurga.

.::Akal Manusia;:.

Akal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehingga tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejaki dan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali, tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak dipijak manusia. Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat, berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi. Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawah bumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habis semuanya dijelajahi. Padang pasir, gurun, di perut bumi, sungai kecil dan besar, otaknya selongkari hingga terdedah dan terbongkar semuanya. Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara, Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka dan jelajahi hutan belantara. Berbagai-bagai kehidupan dapat diketahui di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruh khazanah dunia ini otak mereka kumpulkan. Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia berada di hadapannya melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidak dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan dan mengetahui rahsia-rahsianya. Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruh dunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawa mengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertambah rata lagi. Mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat, dapat mengesan lebih dalam lagi rahsia dunia ini, lebih banyak lagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya. Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahui rahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olah otak manusia macam burung, boleh terbang di seluruh dunia. Atau dunia ini macam sebesar dulang, seluruh apa yang ada di dalam dulang dapat dilihatnya. Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olah bebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas dunia kehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa. Namun begitu, walaupun kemampuan otak manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tapi apabila jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah iman kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup terseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit, gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa, tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia juga ikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke manamana. Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu dan maklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu. Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana ia sering berlaku di dalam kehidupan ini. Contohnya, apabila datang ujian atau bala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrapsi, dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dimasukkan ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah, jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman itu seolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya. Terasa sakit. Bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpit seolah-olah masuk ke bumi. Fikiran yang selama ini begitu bebas, merdeka, mempunyai maklumat yang luas, telah terbang dan hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu. Keadaan berfikir pun tidak menentu. Perasaan jadi tidak normal dan melulu, sesetengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah. Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan jiwa lemah dan tidak merdeka, akhirnya akal juga turut lemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanya berubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubah akhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah hanyalah nama dan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah berubah semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan menghairankan, tercengang-cengang orang dibuatnya. Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atau sudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atau ditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yang sempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondol sini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala. Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanya menguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada itu hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji, jiwa tidak sempit. Jiwa tidak menderita. Segala keyakinan dan pegangan beragama tidak hilang atau tidak berubah. Fikiran tetap dengan kemerdekaannya kerana jiwa stabil dan normal, tidak terjejas oleh ujian. Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsu yang memang tidak suka jiwa kita bebas dan merdeka. Jangan biarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnya kita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi dunia ini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniah yang lebih tinggi lagi atau alam ukhrawiah agar dia bebas sebebas- bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa dia hidup sempit dan terhimpit. Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah dan bawa ke mana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka.” (Ali Imran: 191) Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan menggugat. Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya. Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwa kita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdeka dan kuat serta pegangan kita tidak akan berubah

Tuesday, May 11, 2010

salam kerinduan

nilaian kaasih   sayng telah terpaling dalam diri ini,
aku rindu akan kasih sayang  yang pernah kau curahkan untukku,
aku amat mengharapkan kau kembali dalam hidup ini,
mernyinari noktah hitam yang semakin kelamnm di akhir zaman,
wahai dikau kembalilah kepadaku..
aku bukan terlalu menyayangimu tetapi sedarilah kau hanya sahabatku
takkan mugkin ku luipakan dirimu itu,
kerana kau telah ternobat sebagai sahabat dalam jiwaku,
atau mungkin yang lebih bistimewa..
manakan tahu otu..
Allah yang menetapkan hati dan perasaan dalam diri setiap anak adam
agar kita sama  menggunakan dengan sebaiknya..
aku benar2 menfgghargau perasaan yang jernih ini.
biarkan apa yang kurasai ini takkan hilang di  bawa angin bayu
 ke tengah senja di lauatan karam
akau sangat menghargai perasaan ini...
Ya Tuhanku berikan aku secebis perasaan agar tidak aku membenci selain dari musuhMu yang nyata...
Ya Rabul Izzati kau pamerkan kecerian dalam diri ini jangan Kau hilangkan dari diri ini..Kau Yang Maha Mengetahui..segalanya....aku pasrahkan kepadamu dengan kalimah suci..
lahaulawalaquwataillabillahila'liyulla'zim....

Sunday, May 9, 2010

mengemis kasih



Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati,
kepada manusia yang alpa jua buta,
lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
luka hati yang berdarh kini jadi kian parah.


Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
kisah seribu duka,
ku harap sudah berlalu,
tak ingin lagi aku ulangi kembali,
gerak dosa yang menghiris hati.


Tuhan,
dosaku menggunung tinggi,
tapi rahmatMu melangit luas,
harga selautan syukurku,
hanya setitis nikmatMu di bumi.