Wednesday, February 24, 2010

PERGERAKAN JARI (TAHRIK) KETIKA DUDUK TASYAHUD DALAM SOLAT

Oleh Tuan Hassan Tuan Lah

1. Tahrik dari perbahasan bahasa Arab

Tahrik ialah menggerak-gerakkan telunjuk ketika duduk tasyaahud. Imam alBaihaqee asySyafi'iy (Ma'arufat Sunan wal Atsar, Jld 3/ms 52 dan Amir Syun'any, Subulus Salam Jld 1/189), yuharriku dalam hadis2 bermaksud isyarat bukan menggerakkan dgn istimrar (gerak terus menerus). Yuharrik itu cukup dengan isyarat sekali sahaja. Ini bertepatan dgn hadis Ibn Zubair ra yg bermaksud, " Bahawasanya Nabi saw ketika duduk berdo'a (tasyaahud), baginda mengisyaratkan dgn jarinya dan tidak menggerak-gerakkan (telunjuk)." [Abu Daud, 989; alNasa'iy, 1193, alBaihaqee (2786)]
Status hadis: Sahih menurut alNawawee dan Syaykh Arnauth; SYAZ menurut alMuhaddith Albani (Dha'eef Abu Daud, 989). Imam Muslim (alSahih, 579) tanpa tambahan " dan tidak menggerak-gerakkannya)"

Itulah maksud "La Yuharrik" menurut alBaihaqee.
2. Bantahan pada alBaihaqee.

Pendapat alBaihaqee dibantah kerana 'Yuharriku' menunjukkan berterusan menggerakkan selama mana dalam keadaan berdo'a/bertasyaahud. Dalilnya ialah yuharriku dalam alQur:an, surah alQiyaamah: 16 "Janganlah kamu menggerak-gerakkan bibirmu secara tergesa-gesa ketika membaca alQur:an" (terjemahan) 'Tuharrik' dalam ayat itu (75:16) bermaksud menggerak-gerakkan bibir secara istimrar (berterusan).

Dalil kedua: ialah hadis Wa'il bin Hujr ra di mana Wa'il melapurkan Nabi saw 'yukarrikuha' (Nabi saw menggerak-gerakkan jarinya). Hadis ini statusnya sahih dan dikeluarkan oleh ramai Muhaddith, antaranya Imam Ahmad (18772),Darimi (1397), Ibn Khuzayma (714), annasa'iy (Sahih anNasa'iy lil ALBANI no 1267). hadis ini disahihkan oleh Syaraf Muhyiddin anNawawee, Arnauth dan Albani.


3. Bagaimana menemukan pendapat Baihaqee dan ahli tahqeeq yg menolaknya spt Muhaddith Albani.

Imam alBaihaqee mengungguli hadis Ibn Zubair ra dan menetapkan ia berlawanan dgn hadis Wail. Imam-imam hadis dan manhaj salafiyah mengungguli hadis Wail dan menetapkan yuharrikuhu adalah berterusan mengikut tatabahasa Arab dan penggunaan alQur'an.

Imam-Imam Tahqeeq (analitis) berpendapat kedua-dua pendapat ini boleh dipertemukan. alAmir Syun'ani, alMubarakfuri, Syeykh Ali alQari, al'azim alAbadi mereka bersependapat bahawa sebenarnya hadis Wail tidak bercanggah dgn hadis Ibn Zubair. Pendapat yg kompromi ialah kedua-dua hadis itu menunjukkan Nabi saw kadang2 yuharrik (menggerak-gerakkan jari telunjuk) dan kadang2 La yuharriku (tidak menggerakkan, hanya memberi isyarat sahaja). Ini menunjukkan tahrik itu tidak wajib.


4. Dari mana pula datangnya pendapat2 ganjil Syafi'iyah dan Hanafiah?

Allamah Sayyid sabiq, syaikhul Azhar, dlm kitab klasik Fiqh Sunnah merumuskan: Fiqh Syafi'iy ; Isyarat telunjuk sekali ketika sebutan IlaLlah dalam kalimah syahadat Fiqh Hanafi: isyarat telunjuk ketika kalimah LAA (dalam kalimah syahadah) Fiqh Maliki: hendaklah menggerakkan telunjuk ke kanan dan ke kiri dari awal tasyahud hingga akhir Fiqh Hanbali: mengisyarat dgn jari telunjuk setiap kali nama Allah disebut tanpa tahrik, tujuan mengEsakan Allah (Fiqh Sunnah, Jld 1/170, cetakan Makkah)

Ahli Tahqeeq spt pengarang kitab Tuhfah alAhwazi (Jld 2/185) hairan dari mana kedua-dua madzhab (Hanafi dan Syafi'iy) mendapatkan dalil utk membuat ketetapan yg demikian. Imam alMuhaddith Albani (Sifat Solatun Nabiyy/ms 40) Jadi ketetapan dalam madzhab Hanafi dan Syafi'iy sebenarnya tidak ada asalnya dari asSunnah.


Seputar tahrik: Rumusan


a. alMuhaddith Albani menetapkan tahrik telunjuk dari mula tasyahud hingga salam adalah Sunnah Muhammad saw dan diamalkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad dan mereka yg mendalami Sunnah (sifat solatun nabi/ms 40)

b. Sebagai langkah kempromi, hadis Ibn Zubair juga boleh diamalkan kerana ia juga hadis yg sahih. (Tuhfah alAhwazi 2/ms 188)

c. Cara madzhab Syafi'iy dan Hanafi adalah tertolak kerana tidak disandarkan kepada nas.

d. Permulaan tahrik ialah ketika duduk tasyaahud hingga salam

e. Boleh menggerak ke kanan dan kiri (malikiah) dan ke atas dan kebawah (albani) kerana tiada nas yg tegas dan qat'iyah dalam menceritakan bentuk tahrik. Sekian.

Add as favourites (87) Quote this article on your site Views: 3591

No comments:

Post a Comment