Wednesday, April 28, 2010

سد الزرائع

Qaedah Sadduzarai’

Qaedah sadduzzarai’ adalah qaedah bagi hukum yang penting bagi menentukan hukum syarie
bagi di sisi jumhur ulama.

Tetapi di sana kadang-kadang penyalahgunaan qaedah di ia diguna terlampua meluas
disebabkan banyak benda harus menjadi haramn walaupun kadang-kadang perkara itu tidak
sepatutnya diharamkan khususnya dikalangan yang tidak mempunyai asas ilmu yang kuat.


Di sini saya inginkan menukilkan kepada pembaca tentang masalah saduzarai’ yang
dibincangkan oleh ulama agar ia menjadi jelas dan menjadi panduan kepada mereka.
Azzariat dari sudut bahasa bererti wasilah yang digunakan untuk kepada sesuatu.

Dari sudut istilah usul: Ialah sesuatu yang membawa kepada sesuatu yang haram.

Takrif ini hanya merangkumi perkara-perkara yang haram sahaja berlainan dengan takrif Ibnu
Qaiyim
lebih luas: iaitu sesuatu wasilah yang membawa kepada sesuatu perkara, iaitu samada
membawa kepada kebaikan atau maksiat.

Maka di sini kita bahagikan zariat kepada sadduzzarai’ dan fathuzzarai’. Seperti yang dinyatakan oleh allamah Wahbah Zuhaili.

Sadduzzarai’ bererti menutup jalan-jalan yang membawa kepada perkara-perkara yang haram.
Adapun fathuzzarai’ ialah membuka jalan-jalan yang membawa kepada maslahah.

Di sini kita rakamkan kata-kata Imam Qirafi:
اعلم أن الذريعة كما يجب سدها يجب فتحها وتكره وتندب وتباح، فإن الذريعة هي الوسيلة فكما ان وسيلة المحرم محرمة فوسيلة الواجب
واجبة كالسعي للجمعة والحج. وموارد الأحكام على قسمين : 1 : مقاصد وهي المتضمة للمصالح والمفاسد في أنفسها. 2: ووسائل وهي
،الطرق المفضية إليها، وحكمها حكم ما أفضت إليه من تحريم وتحليل، غير أنها أخفض رتبة من المقاصد في حكمها،
والوسيلة إلى افضل المقاصد أفضل الوسائل، وإلى ما يتوسط متوسطة ....


Untuk memahami masalah ini, kita perlu menyebutkan bahawa setiap perbuatan ia terdapat implikasi dan kesannya dan ia terbahagi kepada 4 bahagian:

1: Sesuatu yang membawa kepada kefasadan itu secara yakin, tidak ada keraguan.


2: Sesuatu yang membawa kepada kefasadan dalam keadaan jarang berlaku. Seperti menanam
anggur, kadang –kadang berlaku lading anggur dijadikan untuk menghasilkan arak. Perkara
seperti tidak haramkam sebab sangkaan kepada berlakunya haram sedikit.


3: Sesuatu perkara yang penghujungnya adalah kemudaratan,tetapi ia belaku secara zan,, maka
ia dimasukkan kedalam yakin dan hukum juga haram. Contonya tidak boleh menjual senjata
ketika waktu fitnah dan tidak aman.


4: Sesuatu perkara penghujungn adalah kemudharatn tetapi tidak secara yakin atau zan, tetapi
secara ramalan yang banyak kira-kira 60 peratus keburukan akan berlaku.


Dalam perkara ini, terdapat khilaf dikalangan ulama.
Sebahagioan ulama menyatakan saaduzzrai’ dipakai ketika itu maka setiap setiap akad
muamalat yang terdapat sangkaan membawa kepada riba akad itu terbatal, sebahagian ulama
tidak mengunakan sadduzzara; maka akad itu tidak terbatal, atau sesuatu perkara itu tidak
diharamkan disebabkan sangkaan itu.


Imam Abu Zahrah menyatakan , tidak kita boleh belebihan di dalam zarai’ . bagi saya akan
membawa kepada kesusahan yang banyak, Islam adalah agamayang mudah dan rahmat.
Maka Saaduzzarai’ ini digunakan dalam keadaan yang terdapat implikasi yang buruk sekirang
kita membolehkan perkara wasilah yang membawa kepada kefasadan,

contoh:

Seperti mana seorang nelayan dia akan naik bot ke laut apabila tenang atau pada sangkaan dia
akan selamat. Begiulah ,sekirang keadaan masih ok, tidak ada keyakinan atau zan menyyatakan
akan berlaku kerosakan, muka keadaan tetapi menjadi harus dan tidak haram

Di sini kita nak ingat bahawa orang boleh menggunakan sadduzara; adalah ulama yang pakar
bukannya orang –orang biasa. Kita ingin menasihatkan para pelajar agar berhati-hati dalam
mengeluarkan pengharam tanpa alas an yang kuat.

Mudahan penerangn yang ringkas ini dapat membuka minda dan member ilmu kepada mereka
yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment