Sunday, February 28, 2010

Ramuan yang Meragukan dalam Komestik

Bagi wanita,komestik atau alat solek memang tidak dapat dipisahkan.Tetapi tahukah anda selain mengandungi bahan yang meragukan,komestik juga mengandungi bhan - bahan yang menjijikkan?Kajian CAP mendapati banyak komestik di pasaran mengandungi bhan - bhan yang menjijikan seperti KOLAGEN,EKSTRAK,& AIR TETUBAN.

KOLAGEN

Kolagen merupakan sejenis bahan yang berjeli yang dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang, atau daripada janin manusia.Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis komestik seperti syampu,losyen kulit dan gincu bibir.

Malahan,kandungan kolagen di dalam komestik merupakan sesuatu yang membanggakan pengeluar di mana ia dijadikan gimik atau melariskan jualan..Menurut pengeluar komestik,kolagen mampu memulihkan sel- sel tua menjadikan dan dengan itu menjadikan pemakainya kelihatan muda.

kira- kira satu pertiga daripada kulit adalah kalogen.di dalam tubuh manusia terdapat dua jenis kalogen iaitu kolagen larut (terkandung dalam kulit yang muda)dan kolagen tidak larut (terkandung dalam kulit yang lebih tua)

kolagen larut menjadi tidak larut seiring dengan peningkatan usia kulit berikutan pendedahan kepada matahari, bhan- bahan kimia ,(dalam komestik) dan diet. Apabila ini berlaku,kulit menjadi ketat,kering,berkedut dan tua.

Sesetengah ujian berjaya menunjukkan sapuan kolagen pada kulit dapat menhan menhan atau menggantikan kolagen yang hilang.Namun bukan semua kolagen dapat memenuhi katogeri kriteria ini kerana kulit hanya boleh menggunakan kolagen yang terikat strukturnya.

Kehadiran beberpapa bahan kimia tertentu ekalipun dalam produk yang mengandungi kolagen "tidak larut" dan tidak bermanfaat untuk kulit.

kehadiran bahan petrokimia dan hidrokarbon yang dimasukkan ke dalam rumusan yang mengandungi kolagen akan menjadikan (sekalipun dalam jumlah yang kecil)tidak larut.

Banyak bahan pengawet yang tidak sebati dengan protien,seperti methylparaben, propyparaben dan butyparaben,tidak seharusnya digunakan dalamproduk yang mengandungi kalogen

Bagaimanapun,tinjauan CAP mendapati hampir semua produk komestik (termasuk gincu) mengandungi satu atau lebih bahan -bahan kimia tersebut yang akan menyebabkan kolagen tidak larut,dan tidak berkesan sama sekali kepada kulit.

ok...malam ni,ana nak tulis pasal ni dulu,sok2....ana akan sambung tebtang bab ni jugak tapi isu penggunaan janin dalam komestik dan penyelidikan.....so ikutilah..n teruskan membaca...

1 comment:

  1. hati2 la sahabat sekalian...sme yang kita seharian ni rupa- rupanya terdapat barang yang terlarang yang membuat kita dalam tak sedar semakin menyimpang dari ajaran Allah...so teruskan membaca untuk mengetahui sebaliknya yang meragukan....

    ReplyDelete