Tuesday, January 19, 2010

kaTeGOri & tINgkAt CiNta

tanda-tanda dan luahan cintameliputi hal-hal seperti berikut:-
mencuri pandang,Ibnu Qayyim Al-Juziyah mengatakan,"segala peristiwa bermula dari pandangna mata,jilatan api bermula daripada setitik bara,betapa banyak pandangan membelah hati,laksana anak panah yang melesatkan tali,selagi manusia memiliki mata untuk memandang,senang di permulaan dan ada bahaya yang mengundang di kemudian hari-tiada ucapan yang selamat datang dan ada bahaya saat kembali"
Salah tingkah laku,(meminum minuman keras,bergaul bebas),senyum sendiri(simbol mesra),bnayak mengingat kekasihnya(mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri),bersabar,pendengar setia,memnyukai apa yang disukai oleh kekasihnya,memiliki keberanian yang tidak selalu dipamerkan(nekad membela kekasih),cemburu,suka menyendiri,dan mengalamun(bimbang antara norma agama dan hasrat nafsu),melankolik,terasa dekat,rayuan,suka berhias,mempunyai tingkah laku aneh(bertundik atau bertatu hanay kerana kelihatan hebat).

kategori dan tingkat cinta:-

  1. Cinta narsistik/narsisime iaitu cinta yang berlebihan terhadap diri sendirir,sehingga jika mencintai seseorang,dia akan berfikir aoakah keuntungan yang akan diperolehinya.
  2. Cinta transaksioanal atau cinta pedagang iatu ada untung diambil,jika tidak ditinggalkan.
  3. cinta nikmat/hedonis iatu kahwin cerai atau hidup bersama tanpa nikah.
  4. cinta patalogik iaitu mencintai seseorang secara berlebihan atau cinta buta seperti remeo dan juleat.
  5. Cinta murni iaitu cinta tanpa balasan.semua yang dilakukan lahir dari hati nurani.Inilah tingkat cinta yang istimewa.Jika salah seorang salah,salah seorang lagi akan menasihati.Cinta itu dirasakan dalam berumah tangga dan menuju keluarga sakinah-lelaki yang menganut cinta ini pasti setia dan memiliki persiapan untuk bertarung dengan badai rumah tangga.
  6. cinta agung iaitu cinta yang tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan ALLAH SWT.orang seperti ini adalah hamba yang memiliki tingkay ihsan dan ini diperoleh oleh orang yang hatinya jauh daripada syahwat dan segala bentuk penyakit hati.

jAnJi sEoRaNg pELatIH MuJAhId cINtA

di kala akhir teruna melati
Ada tanda yang menyentuh dalam hati
Sudah siapkah aku kini
Menjadi yang sehati
Telah banyak yang aku dapatkan
Tentang erti hidup ini dan
Perjuangan fi Sabilillah ditegakkan
Melalui hati,kata dan perbuatan
Kumohon kekuatan ya Allah
Agar dapat aku jalankan
Amanah umat dan ikatan
Demi agama islam
Kini tiba saat diwujudkan
Apa yang telah diberikan
Semoga Allah meredhai
Niat hati yang tulus ini.

aku rindukan segalanya denganMu yA ALLAH!

kEistiMewAaN bALasAn AllaH S.W.T




Imam Nawawi dalam ulasanya akhir hadis tersebut ((hadis 37-:
terjemahannya-"dari ibnu Abbas r.a dari Rasulullah saw menurut yang diriwayatkannnya dari Tuhannya Tabarakallah Taala,katanya:sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan kemudian ia terangkan yang demikian itu,maka barabgsiapa yang bercita-cita dengan kebaikan,kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan disisinya sebanyak satu kebaikan yang sempurna dan jika ia bercita-cita dengan dia,kemudian ia mengerjakan nya,Allah tuliskan kebaikkan itu(sebagai balasan)disisinya sebanyak sepuluh kebaikan hingga 700 kali lipat ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya.dan jika ia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian itu tidak mengerjakannya,Allah tuliskan disisinya satu kebaikkan yang sempurna.dan jika ia bercita - cita dengannya lalu ia mengerjakannya,Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu sahajakejahatan.
(Bukhari&Muslim)

menjelaskan pandangannya terhadap keistimewaan balasan Allah itu,dalam mana beliau mengharapkan tiap2 orang yang menaruh perhatian terhadap hadis ini,sampai meneliti sepenuhnya betapa besarnya kemesraan Allah dan kasih -sayangnya @ pun keutamaan rahmatnya terhadap orang Islam dalam perkara pahala dan dosa.

Wednesday, January 13, 2010

hasrizalabduljamil@gmail.com

http://www.google.com/calendar/embed?showTitle=0&showPrint=0&showTabs=0&showCalendars=0&showTz=0&mode=AGENDA&height=600&wkst=1&bgcolor=%23FFFFFF&src=hasrizalabduljamil%40gmail.com&color=%230D7813&ctz=Asia%2FKuala_Lumpur: "Saifulislam.ComErti Hidup Pada MemberiRSS Feeds Follow me on Twitter! Home Artikel Audio Beli Buku Hubungi Iklan MODUL STC Biodata « Memberi Menambah Kelebihan DiriBekalan Titik Mula »Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku

“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.
Wajahnya berubah sedikit.
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)ANTARA MA’RUF DAN MUNKAR
“Ma’ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf?” tanya beliau.
“Ya. Ma’ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah"

Sunday, January 10, 2010

PUISI CINTA YANG HAKIKI

cinta...
Apa itu cinta?
cinta kepada tuhan?
cinta kepada diri?
cinta kepada ibu bapa?
atau cinta kepada orang yang istimewa?

Cinta adalah segala-galanya bagi manusia yang memahami
Erti cinta
bagi mereka,bagai mawar yang mekar mewangi
mereka terlalu taksub dengan cinta.
membuatkan hidup mereka diselubungi perasaan bahagia...

Namun,cinta kepada siapa yang hakiki?
cinta kepada tuhan membaa ke syurga
cinta kepada diri membawa keceriaan
cinta kepada ibu bapa sentiasa diberkati
Namun cinta kepada orang yang istimewa pula?...
bagaiman pula ceritanya?....
Apabila dicintai,terasa diri dihargai,
apabila diri mencintai,hati menjadi puitis,
namun apabila bercinta pula terasa dunia ini
diri ini yang punya...
Sehinggakan tanggungjawab diri diabaikan,...
cinta...
Apakah sebenarnya erti cinta?
Apakah cinta kepada orang yang istimewa
membawa kebahagiaan atau kesengsaraan??
pelbagai fakta yang boleh dikaitkan dengannya...

cinta yang suci lahir dari hati yang ikhlas,
Akan membawa kebahagiaan masa hadapan
jangan zalimi cinta yang suci itu...
jangan kianati cinta.....dan jangan taksub dengan cinta
cinta juga membawa kesengsaraan,
cinta merangkap perasaan dan diri sendiri,
apabila cinta dikianati,
maka lahirlah perasaan benci dan dendam
kerana diri dilukai...
Luka amat pedih bagi yang merasai,
bagaikan sembilu yang menikam jiwa ini...
jika luka yang terpendam tidak diubati,
Apakah kesudahan perasaan ini?
Akan terbit lagi perasaan cinta selepas ini?

Akhir...
cinta tidak akan terhenti...
cinta akan menyakiti...
cinta juga boleh membawa maut
jika tidak mengawal diri...
Anda boleh membunuh cinta.,
anda boleh membuang cinta..
anda juga boleh memiliki cinta itu...
Namun,jangan sesekali menyerah sepenuh diri
kepada sang cinta...
kerana cinta juga menyebabkan kita..
kehilangan keluarga dan rakan,
sesungguhnya,cinta yang hakiki itu,ialah cinta yang kekal abadi
selamanya...
dan akan membawa kebahagiaan di dunia
dan di akhirat....

mujahidah cinta...11-01-10

Tuesday, January 5, 2010

perilaku wanita-muslimah

pakaian wanita....

Ibnu Umar r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda,"Barang siapa yang memanjangkan pakaiannya dengan penuh kesombongan maka Allah tidak akan memandang kepadanya di hari kiamat kelak."
kemudian Ummu Salamah berkata,"bagaimana dengan wanirta yang memanjangkan kakinya?"Rasulullah berkata,"Dia boleh melebihkan sejengkal."Kata Ummu Salamah lagi"bagaimana jika bahagian kaakinnya masih juga kelihatan?""Baiklah,lebihkan saja satu hasta dan jangan lebih panjang daripada itu,"kata Rasulullah s.a.w

{Dhiyatul Kalbiy berkata,Ya Rasulullah s.a.w pernah mendapatkan hadiah kain- kain nipis berwarna putih dari negeri mesir,Kemudian Rasulullah s.aw. berkata,"potonglah kain ini njadi 2 bahagian,sepotonh kamu jadikan baju,dan sepotong lagi untuk isterimu untuk jadikan tudung dan lapiskanlah sebelum tudung tersebut dengan kain yang lainnya supaya tidak kelihatan transparan."


Tuesday, December 29, 2009

mUjAhID CintA


Seorang mujahid cinta selalu bersiap sedia di mana saja untuk jihad fi sabillillah.Dia tidak sampai hati melihat kezaliman dan kerosakkan di muka bumi ini.Dia selalu ingin bergerak dan menentang musuh.Oleh sebab itu,para sahabat Nabi maju ke gelanggang fi sabillillah dengan gelora semangat menentang musuh. Dalam sejarah,Abu Dujanah cukup terkenal sebagai seorang jihad fi sabillillah yang menentang kaum musyrik sambil menyebut dalam syair yang berbunyi" Aku tidak berniat akan kembali Hanya ku harapkan keampunan Illahi Dan pukulan membawa mati Yang menusuk ke ulu hati Benar,Syahid itu merupakan satu penghormatan bila seorang mujahid gugur dan mendapat gelar syuhada.Kematian ini adalah penghormatan yang diberikan Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang amat dicintaiNya. Rasulullah S.A.W mengatakan: "tidak seorang yang mesuk syurga berkeinginan kembali ke dunia,meskipun bagaimana besarbta kejayaan di dunia,kecuali orang-orang yang mati syahid.Dia ingin kembali ke dunia untuk bunuh dalam peperangan fi sabil lillah sehingga sepuluh kali kerana apa yang dilihatnya dari penghrmatan yang telah diberikan Allah kepadanya" (hadis riwayat bukhari dan muslim) Keinginan sang mujahid yang matinsyahid untuk kembali hidup dan mati semula dalam perang fi sabilillah.kerana saat terbunuh,dia tidak begitu merasakan sehingga dirasakan seperti dicubit teman sendiri.Hal ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith: "tidak terasa bagi orang-orang yang mati syahid pedihnya pembunuhanmelainkan sebagai mana salah seorang daripada kamu merasakan sakitnya cubitan."(HR Tirmizi dan Thabrani) Dalam Hadith yang lain,Rasulullah s.a.w menjelaskan: "Gigitan semut lebih sakit bagi seseorang yang mati syahid melebihi dari sentihan senjata,bahkan sentuhan senjata itu baginya lebih segar daripada dingin musim kemarau." Tidak ada yang dapat menandingi mati syahid kerana insan yang mati syahid adalah insan yang terpilih.Semuanya telah diserahkan kepada Allah SWT sehingga saat yang dirasakan hanyalah kenikmatan.Sehingga ketika Hamzah bin Abdul Mutalib meninggal dunia dalam perang Uhud,para sahabat yang lain bergumam dan bersyair,: Singa yang garang itu telah pergi Di antara derai air mata nabi Saw Kami yang tinggal akan meneruskan cita-cita suci Menyuarakan kebenaran di muak bumi ini....

Senandung Perjuangan di Lorong-Lorong Jihad

Bangunlah kamu wahai remaja semua
Dari lelapmu tentang mimpi-mimpi
lihatlah sang fajar telah menyinsing

Sinsingkanlah lengan satukan langkah
Teguhkan jihad fi sabil lillah
Bersama kita tegakkan keadillan
Kebenaran....

Tuhan beri petunjukMu
Jalan kemenangan umat Islam
Berikan kami kekuatan
Amalkan al-Quran dalam kehidupan.



"orang-orang yang munafiq lelaki dan perempuan,sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh berbuat yang mungkat dan melarang membuat yang maaruf dan mereka yang menggenggam tangannya.Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka sesungguhnya orang-orang yang munafik itu adalah orang-orang yang fasik."(at-taubah;67)

Sunday, December 27, 2009



Wahai Semangat Muda Sahabat Remaja

Wahai semanagt muda sahabat remaja
Gelora juang menyemangatimu
Mengalir dari sukma
Menuju celah-celah cahaya
Mencari redha Illahi
Wahai semangat muda sahabat remaja
Engkau adalah gelombang air
Yang memercikkan batuan
Terpisah kerana keserakahan manusia
Engkau adalah embun
Yang bergaut di atas daun
Terpisah kerana rasa dengki mentari pagi
oh...semangat muda sahabat remaja
Mari taburkan iman dan taqwa
Di taman pengabdian dan mewangi semerbak
Dengan tafakurmu
Dengan zikir mautmu
Dengan zikrullah
Hingga bunga-bunga mahabbah
Putik-putik jihad
Tangkai-tangkai ukhuwah
Getah-getah syuhadah
Menghiasi taman syurga.

"Senandung Perjuangan di Lorong-Lorong Jihad"

Seusai solatku merenung lagi,
Siapa,ke mana diri hina ini,
Lamaku tertidur dalam duniaku,
Memandang alam sekelilingku.

Beribu mujahid gufur sudah,
Beribu pun tampak semakin merenta,
Namun kebatilan tak kunjung sirna,
Bahkan semakin menyesakkan duniaku.

Kini tiba waktu tuk ku tampilkan diri,
Gelisah umatku tak sabar menanti,
Dalam ikatan ikutlah bersemi janji,
Hidup di jalan Allah dan merindui mati syahidnya...

"FATWA MUJAHID CINTA"

Bukan panggilan nyiur yang melambai
Buakan ikatan tanah air
Bukan seruan laut dan daratan
Buakan isikan angin sepoi-sepoi bahasa
Bukan jeritan ladang dan sawah yang menguning emas
Bukan kerana serahan terjun
Bukan hempasan ombak deburan laut
Bukan nyanyian murai berkicau di waktu petang
Bukan merdunya kokok ayam bersahut-sahutan kala pagi menyinsing
Bukan komando lolongan anjing di senja hari

Tetapi...
Kerana Allah kami bersimbah peluh
Kerana Allah kami berkuah air mata
Kerana Allah kami bertumpah darah
Kerana Allah kami tinggalkan perpaduan
dan'
Kerana Allah kami sahut seruan

Untuk jihad Fi Sabilillah
Harta...Tahta
dan...
Seluruh aksesori dunia
Kami pendam di laut samudera
Biar jiwa muthma'inah
Berjumpa Allah Azza wa Jalla...

KeMbALi kEpAda fitRaH

ايايها الّذين ءامنوا اتقوا الله حقّ تقاته ولا تموتنّ الاّ وانتم مسلمون
"hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Nya.dan jangan sesekali-kali kamu mati dalam keadaan bukan beragama Islam."(surah Ali'Imran 3;102)